HomeUtamaPICK : PPV IPT-UMS Buka Vaksinasi Secara 'Walk-In' Kepada Penerima Berusia 40...

PICK : PPV IPT-UMS Buka Vaksinasi Secara ‘Walk-In’ Kepada Penerima Berusia 40 Tahun & Komorbid

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Penduduk sekitar bandaraya Kota Kinabalu yang belum mendapat janji temu melalui aplikasi MySejahtera dipelawa untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institusi Pengajian Tinggi Universiti Malaysia Sabah (IPT-UMS).

Ia bagi membolehkan individu yang belum menerima janji temu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 bagi dos pertama secara ‘walk-in’.

Pengarah Hospital UMS Profesor Dr Helen Lasimbang berkata, pemberian vaksin itu akan diberikan kepada penerima berusia 40 tahun ke atas atau dari golongan komorbid.

“Selepas beberapa minggu PPV IPT-UMS ini dibuka, kami mendapati lebih 20 peratus penerima yang sudah mendapat janji temu tidak hadir. Justeru kami mengambil keputusan untuk melaksanakan pemberian vaksin secara ‘walk-in’ bagi mencapai jumlah pemberian vaksin harian.

“Walaubagaimanapun, pemberian ini diberikan kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas dan golongan komorbid selain tidak mempunyai janji temu vaksinasi dengan PPV yang lain,” katanya.

Dr Helen berkata, jumlah pemberian dos vaksin secara ‘walk-in’ itu adalah terhad bergantung kepada jumlah ketidakhadiran penerima yang sudah mendapat janji temu sebelum ini.

Katanya, pihaknya juga meminta penduduk atau individu yang hadir untuk mendapatkan pemberian vaksin secara ‘walk-in’ untuk bersabar berikutan kehadiran penerima yang sukar dijangka.

“Jumlah harian dos vaksin bagi pelaksanaan ‘walk-in’ ini adalah antara 200 hingga 500 dos vaksin sehari namun jumlah bilangan itu akan bertukar.

“Kami juga memberikan sistem nombor kepada penerima secara ‘walk-in’ mengikut kapasiti dos harian namun jika nombor berkenaan habis, kami terpaksa meminta mereka untuk pulang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Helen berkata, sebanyak 36,248 dos vaksin telah diberikan kepada penerima sehingga kelmarin sejak PPV itu dibuka sejak 14 Jun lalu.

Katanya, dari jumlah kumulatif itu, sebanyak 32,017 adalah dos pertama manakala 4231 adalah dos kedua.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan curi kabel punca gangguan bekalan di Kinarut

Mahkamah Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular