HomeUtamaSokongan pelbagai pihak bantu corak masa depan pelajar

Sokongan pelbagai pihak bantu corak masa depan pelajar

Read Time:1 Minute, 29 Second

Beaufort : Pelajar perlu sentiasa mempunyai motivasi yang tinggi selain perlu mendapat sokongan pelbagai pihak dalam memastikan suatu kejayaan dalam bidang pendidikan dapat tercapai dengan sebaiknya.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, kejayaan seorang pelajar bukan hanya terletak pada usaha dan kesungguhan guru semata-mata malah ibu bapa juga perlu mencorakkan masa depan anak-anak mereka.

“Walaubagaimanapun, kerjasama komuniti dan sektor swasta secara meluas turut memainkan peranan penting seperti yang termaktub dalam Laporan Pelan pembangunan Pendidikan Malayasia (PPPM) 2013 – 2025 untuk meningkatkan penglibatan ibubapa dengan pembelajaran anak-anak serta menggalakkan penglibatan komuniti seperti persatuan penduduk dengan sekolah.

“Kita sedia maklum, dengan perubahan zaman dan cabaran semasa, usaha secara bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui satu kaedah perlu dilakukan oleh semua lapisan masyarakat supaya dapat menyumbang kepada kejayaan semua murid,” katanya.

Beliau berkata demikian ketiak berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong di sini semalam.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, pihaknya yakin dengan sokongan daripada pelbagai pihak dapat menjadikan murid-murid sebagai peneroka ilmu yang akan menabur bakti kepada agama, masyarakat dan negara.

Dalam pada itu, Ruslan berkata, bagi pihak kerajaan, pelbagai inisiatif telah pun dirangka untuk membantu pelajar-pelajar sama ada di peringkat pendidikan awal mahupun peringkat pengajian tinggi.

Katanya, melalui Pejabat Menteri Tugas-tugas Khas, pelbagai bantuan pendidikan yang boleh dipohon seperti bantuan BISBAH, BUDI, bantuan Ihsan Komputer dan pelbagai lagi.

“Kerajaan juga telah memperuntukkan RM3 juta bagi bantuan One-off sebanyak RM2,000 kepada PIBG Sekolah di seluruh Sabah. Manakala, bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM, STPM dan STAM, kerajaan turut memberikan bantuan sebanyak RM200 seorang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 7.5juta.

“Bantuan-bantuan ini cukup jelas membuktikan keprihatinan kerajaan negeri Sabah dalam menitikberatkan pendidikan rakyat Negeri Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

156 pelajar layak terima WPP, persediaan awal ke IPT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular