HomeUtamaSESB cadang bina sebuah jana kuasa baharu berkapasiti 700 megawatt

SESB cadang bina sebuah jana kuasa baharu berkapasiti 700 megawatt

Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memerlukan bantuan dan sokongan daripada kerajaan pusat dan negeri bagi mencapai hasrat untuk membina sebuah jana kuasa berkapasiti 700 megawatt bagi memenuhi keperluan tenaga di Sabah.

Pengerusi SESB Datuk Wilfred Madius Tangau berkata, pembinaan jana kuasa itu perlu bagi memastikan SESB dapat menangani masalah ‘load shedding’ yang berlaku di negeri ini secara tuntas.

“SESB sedang merancang untuk membina jana kuasa berkapasiti 700 megawatt yang akan dimiliki penuh oleh SESB.

“Untuk memastikan rancangan ini menjadi satu realiti, SESB sangat memerlukan bantuan dan sokongan daripada kerajaan pusat dan kerajaan Sabah ke arah SESB yang mampu menyelesaikan masalah ‘load shedding’ secara tuntas,” katanya dalam kenyataan di sini.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata, pihaknya bercadang untuk membina penjana kuasa ‘Combine Cycle Gas Turbine’ (CCGT) dengan financing melalui ‘belt and road initiative’ dengan kerjasama negara China.

Justeru itu, beliau turut memohon sokongan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar memasukkan rancangan berkenaan dalam agenda perbincangan dengan Presiden negara China, Xi Jinping dalam siri lawatan beliau ke Malaysia iaitu sempena 50 tahun persahabatan antara China dengan Malaysia pada tahun hadapan. 

“Saya akan memastikan seluruh warga SESB melakukan persiapan sebaik-baiknya dan memberikan komitmen yang tinggi untuk menjayakan rancangan ini dengan jayanya.

“Penjanaan 700 megawatt bekalan tenaga elektrik milik penuh SESB ini akan beroperasi menggunakan gas. Oleh yang demikian saya meminta supaya pihak kerajaan memberi arahan kepada PETRONAS untuk membekalkan gas pada kadar RM15/mmBTU kepada SESB untuk tujuan ini,” katanta.

Katanya, dengan sokongan penuh daripada semua pihak, pihaknya berharap penjana kuasa berkenaan dapat di laksanakan dalam masa kurang daripada dua tahun daripada kelulusan diperolehi. 

“Saya ulangi langkah ini adalah sangat penting untuk menstabilkan bekalan elektrik di Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Mesyuarat berhubung isu GISBH di Sabah diadakan bulan depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular