HomeUtama146 pelajar cemerlang SPM, STPM terima bantuan insentif

146 pelajar cemerlang SPM, STPM terima bantuan insentif

Read Time:1 Minute, 35 Second

Penampang : Seramai 146 pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun lalu sekitar daerah ini menerima insentif kecemerlangan selepas berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan sebelum ini.

Majlis yang berlangsung di Sekolah Menengah  (SM) St Micheal Penampang itu disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick.

Insentif sumbangan Yayasan Bank Rakyat (YBR) itu antara lain adalah bagi membantu tahap pendidikan murid yang terlibat selain membantu meningkatkan akademik serta memotivasikan mereka untuk lebih berjaya pada masa akan datang.

Ewon ketika ditemui berkata, pihaknya merakamkan ucapan terima kasih kepada YBR yang telah menyumbang insentif kecemerlangan itu kepada para pelajar yang berjaya dalam SPM dan STPM.

“Bagi pihak penerima, keluarga dan juga sekolah-sekolah terlibat saya ucapkan terima kasih kepada YBR diatas sumbangan besar mereka ini dan saya berharap agar insentif ini boleh menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar yang sedang belajar di sekolah menengah seluruh negara khususnya di Penampang.

“Saya turut berharap ahar program seumpama ini akan dapat dilaksanakan pada tahun depan,” katanya.

Bantuan insentif itu adalah melibatkan kumpulan pelajar dari kalangan asnaf dan keluarga B40 yang berobjektif menyediakan bantuan kewangan kepada penerima yang layak sebagai permulaan memulakan semester  atau menyediakan peralatan pengajian yang diperlukan untuk meneruskan pengajian.

Dalam pada itu, Ewon turut mengumumkan bahawa empat buah sekolah di daerah Penampang iaitu SM St Michael, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahang, SMK Limbanak dan SMK  Datuk Peter Mojuntin dipilih  menerima RM20,000 setiap sekolah.

Bantuan  melalui Program Pecutan SPM itu adalah bagi membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar dari sekolah tersebut bagi persiapan menduduki peperiksaan SPM yang akan datang.

“Hari ini juga kita telah menyalurkan sumbangan RM20,000 kepada empat sekolah di Penampang untuk sekolah-sekolah ini mengekalkan atau meningkatkan lagi kecemerlangan sekolah mereka terutama terkait dengan persiapan SPM dan STPM yang akan menjelang hujung tahun atau awal tahun depan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular