HomeUtamaKPDN Sabah jalankan pemeriksaan hari pertama apungan harga ayam

KPDN Sabah jalankan pemeriksaan hari pertama apungan harga ayam

Read Time:2 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sabah, Georgie Abas bersama sepasukan penguat kuasa KPDN telah menjalankan pemeriksaan di Pasar Besar Kota Kinabalu dan pasar raya berdekatan di sini hari ini.

Ini adalah sempena hari pertama apungan harga ayam dan selaras dengan pengumuman daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berhubungan penamatan sepenuhnya subsidi dan kawalan harga bagi ayam bermula 1 November 2023.

Georgie berkata, dalam hal ini, KPDN akan melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011) bagi memastikan peniaga tidak mengambil keuntungan tinggi yang tidak munasabah dan memanipulasi harga ayam di peringkat peruncit.

Katanya, hasil pemeriksaan dan pemantauan tersebut mendapati bekalan ayam mencukupi dan dijual pada harga yang berpatutan serta tidak berlaku sebarang pembelian panik.

“Selain itu, peniaga juga mematuhi
perundangan di bawah seliaan KPDN dan barangan keperluan asas dan barang kawalan yang lain ada di pasaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Georgie, pegawai-pegawai Penguat Kuasa KPDN Sabah akan sentiasa berada di lokasi-lokasi tumpuan orang ramai membeli-belah seperti pasar awam, pasar tani dan pasar raya untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan sebagai langkah memastikan keberadaan bekalan di pasaran mencukupi, mudah didapati dan dijual pada harga yang berpatutan.

“Pada masa yang sama, penguatkuasaan secara berhemah juga dilaksanakan dengan memberi
pendidikan, nasihat dan amaran kepada para peniaga supaya mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa dan mengamalkan perniagaan yang beretika,” jelas beliau.

Untuk rekod, setakat bulan Januari hingga 31 Oktober 2023 sebanyak 68,400 pemeriksaan telah dilaksanakan di premis-premis di
seluruh negeri Sabah.

Daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 1,162 kes telah dihasilkan melibatkan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011, Akta Timbang dan Sukat 1972, dan Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan nilai kompaun sebanyak RM189,450.00, nilai rampasan sebanyak RM 5,608,408.00 dan nilai denda sebanyak RM123,000.00.

KPDN turut mengingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah perundangan ini. KPDN sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat serta aduan berkaitan salah laku peniaga.

Pengguna boleh menyalurkan aduan menerusi saluran-saluran aduan seperti berikut:

1) Whatsapp 019-279 4317 / 019-848 8000;
2) Portal Aduan: e-aduan.kpdn.gov.my;
3) Call Centre 1-800-886-800;
4) Emel: [email protected] ;
5) Ez ADU KPDN;
6) Pusat Arahan Penguat kuasaan (Enforcement Command
Centre): 03 – 8882 6088 / 6245;
7) Surat Rasmi ke Pejabat KPDN yang berdekatan; dan
8) Bilik Gerakan KPDN Negeri (senarai nombor talian sila layari
portal rasmi)

RELATED ARTICLES
Utama

Taman Pulau Sipadan kutip hasil lebih RM16 juta sejak diwartakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular