HomePolitik"PRN Sabah ke-17? Kita mimpi-mimpi dululah" - Hajiji

“PRN Sabah ke-17? Kita mimpi-mimpi dululah” – Hajiji

Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri merangkap Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Seri Hajiji Noor mengingatkan pimpinan semua peringkat, termasuk sayap-sayap parti untuk bersedia dan menggerakkan jentera parti bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan datang.

Ini adalah kerana Hajiji meramalkan kemungkinan PRN Sabah ke-17 akan diadakan awal.

“Kita belum lagi dapat ilham tetapi kita ada dua tahun lagi, sebagai presiden parti, saya ingin mengingatkan pimpinan semua peringkat, termasuk sayap-sayap parti untuk bersedia dan menggerakkan jentera parti.

“Dua tahun bukan lama akhir tempoh kita ini ialah bulan 10, 2025 jadi kita kena kerja, kita mimpi-mimpi dululah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat 2023 yang pertama di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kehadiran empat mantan Ketua Menteri Sabah ke persidangan itu, Hajiji berkata, mengenai kehadiran empat mantan Ketua Menteri Sabah, saya mempunyai satu pendekatan yang berbeza kepada pemimpin-pemimpin kita yang lama, ada lagi yang sudah lagi tidak aktif dalam politik, jadi kita kena bagi penghormatan kepada mereka untuk datang ke mesyuarat seperti ini.

Empat mantan Ketua Menteri yang hadir itu ialah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Datuk Osu Sukam, Tan sri Musa Aman dan Datuk Yong Teck Lee.

“Semua bekas-bekas Ketua Menteri saya ada jemput tetapi ada yang tidak berada di negeri Sabah, jadi yang lain mereka datang untuk kita ucapkan penghargaan sebagai penasihat, pandangan kepada kita dalam perjuangan ini.

“Kita amat menghargai kehadiran mereka semua. Mereka datang untuk memberi sokongan moral kepada saya dan kepada persidangan ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hajiji amat gembira Persidangan Parti Gagasan Rakyat Sabah yang pertama mendapat sokongan yang baik dari semua peringkat akar umbi parti.

“Saya amat gembira Persidangan Parti Gagasan Rakyat sejak kita ambil alih, kerana semua bahagian-bahagian, cawangan-cawangan telahpun bermesyuarat dan telah menghantar perwakilan masing-masing ke mesyuarat yang pertama ini.

“Ini ada sesuatu yang cukup baik kerana kita boleh dapat gambaran bagaimana penerimaan parti ini di peringkat akar umbi,” tambah beliau.

RELATED ARTICLES
Utama

KEADILAN Sabah buat laporan polis sebar fitnah terhadap PM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular