HomeUtamaLuruan monsun di timur Sabah sehingga Selasa ini

Luruan monsun di timur Sabah sehingga Selasa ini

Read Time:47 Second

Kota Kinabalu : Luruan monsun dijangka akan berlaku di kawasan pantai timur dan utara Semenanjung serta timur Sabah sehingga Selasa ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, keadaan itu boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang turut berpotensi membawa hujan berterusan dalam tempoh berkenaan.

Katanya, pada masa sama, angin kencang dan laut bergelora juga dijangka akan berlaku di Laut China Selatan.

“METMalaysia sudah pun mengemas kini amaran hujan berterusan tahap bahaya, buruk dan waspada membabitkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Perak dan Sabah berkuat kuasa sehingga esok.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora turut dikemas kini berkuat kuasa sehingga Selasa ini,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang yang lebih menyeluruh juga berpotensi berlaku dalam tempoh berkenaan di negeri-negeri lain.

Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

RELATED ARTICLES
Utama

Pusat Dialisis buah pinggang dicadang diwujudkan di Beaufort

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular