HomeIsu tempatanAneT - IBTP UMS anjur persidangan penyelidikan semut di Asia

AneT – IBTP UMS anjur persidangan penyelidikan semut di Asia

Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu :  Rangkaian Antarabangsa untuk Kajian Semut Asia (ANeT) dengan kerjasama Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa ANeT 2023 kali ke-13, baru-baru ini.

Penyelaras Program, Dr. Yek Sze Huei berkata, persidangan dengan tema ‘20 Tahun Penyelidikan Semut di Asia’ itu bertujuan menyediakan platform untuk para pengkaji dan peminat semut berkumpul dan bertukar-tukar pengetahuan dalam bidang myrmecology.

“Sepanjang  24 tahun pertumbuhan ANeT, kumpulan ini telah mencapai kemajuan yang signifikan dalam mendedahkan pelbagai aspek tingkah laku semut dan sumbangan mereka kepada ekosistem di rantau Asia,” katanya.

Katanya persidangan itu juga bagi meraikan pencapaian, membincangkan penemuan terkini, dan usaha bekerjasama untuk masa hadapan.

“Persidangan selama dua hari ini telah mengumpulkan seramai 48 peserta bukan sahaja dari negara-negara rantau Asia, malah turut disertai oleh peserta dari luar Asia seperti United Kingdom, Perancis, Sepanyol, Belgium, USA, Brazil, dan Australia.

“Sebanyak 26 pembentangan secara lisan dan 9 buah poster penyelidikan telah dipamerkan semasa persidangan ini,” jelasnya.

Majlis Perasmian Penutupan Persidangan ANeT 2023 telah disempurnakan oleh Pengarah IBTP UMS, Profesor Madya Dr. Fiffy Hanisdah Saikim.

Tambah beliau, sebagai kesinambungan kepada penganjuran persidangan AneT, satu Kursus Identifikasi Semut pula telah dijalankan pada 15 hingga 17 November 2023, dengan penyertaan seramai 28 peserta.

“Kursus hands-on ini memberikan peluang pengalaman yang komprehensif dan praktikal untuk peserta, menawarkan peluang unik untuk mengkaji pelbagai aspek pengumpulan semut, teknik pensampelan dan kaedah eksperimen.

“Kerja lapangan dijalankan di Hutan Simpan Kawang, Papar, menambah dimensi praktikal kepada proses pembelajaran dan membolehkan peserta mendekati habitat semula jadi semut,” jelasnya.  

Kursus tersebut memfokus kepada penyediaan sampel, penyisihan, penyusunan dan penyimpanan data ke dalam Koleksi Semut BORNEENSIS yang dilakukan di makmal IBTP UMS.

Ia juga menekankan kepentingan pendekatan yang sistematik untuk didokumentasikan dengan baik dalam penyelidikan myrmecology.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penggunaan teknologi terkini pemangkin kelestarian hutan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular