HomeUtamaSubsidi tiket penerbangan kurangkan beban hidup rakyat - Armizan

Subsidi tiket penerbangan kurangkan beban hidup rakyat – Armizan

Read Time:1 Minute, 55 Second

Papar: Pemberian subsidi tiket penerbangan musim perayaan melebihi RM599 merupakan satu inisiatif kerajaan bagi membantu mengurangkan beban hidup rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata, inisiatif terbaru kluster pengangkutan itu dilaksanakan melalui peruntukan Kementerian Pengangkutan dan diselaraskan melalui Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) di kementeriannya.

“Kerajaan melalui mesyuarat kabinet yang berlangsung pada Rabu lalu telah memutuskan dengan segera untuk memberikan subsidi tiket penerbangan kepada penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan untuk balik sempena musim perayaan Krismas ini.

“Kita tetapkan mulai 22 hingga 24 Disember ini harga siling bagi tiket penerbangan ialah RM559, maksudnya sekiranya harga tiket sudah melebihi RM1,000 namun penduduk Sabah Sarawak dan Labuan boleh membeli hanya pada kadar RM559 dan bakinya akan diberikan subsidi oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Platinum Jubilee SJS Platinum Musical Grand Reunion 2023 dan Melancar Buku Cendera Kenangan Platinum Souvenir Book 2023 di SMK St. Joseph Papar, di sini semalam.

Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, agenda menangani isu kos sara hidup rakyat digerakkan di bawah beberapa kluster seperti perumahan, pendapatan dan pengangkutan yang mana strategi dan pendekatan yang dilaksanakan merentasi pelbagai kementerian dan agensi.

Katanya, pemberian subsidi sempena perayaan Krismas tersebut merupakan projek rintis kerajaan dan ia merupakan inisiatif yang kedua selepas pemberian bantuan digital FLYsiswa berjumlah RM300 yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadhillah Yusof pada 8 Disember lalu.

“Ini adalah projek rintis dan kita tidak menunggu tahun depan, sebaik dibincangkan isu berkaitan dengan balik musim perayaan Krismas adalah satu beban sara hidup kepada rakyat maka kerajaan dengan serta merta membuat keputusan melaksanakannya dan akan diteruskan pada tahun depan untuk perayaan-perayaan yang lain.

“Ini merupakan inisiatif yang kedua dalam tempoh beberapa bulan iaitu FLYsiswa anak-anak dari Sabah, Sarawak dan Labuan dan juga para pelajar Semenanjung yang belajar di Sabah Sarawak dan Labuan boleh mendapat baucar RM300 setahun untuk membuat pembelian tiket awal dan akan berakhir pada 31 Disember ini,” katanya.

Katanya, pemberian subsidi berkenaan telah bermula pada jam 12.01 pagi semalam melibatkan empat airlines iaitu AirAsia, Batik Air, Malaysia Airline dan Firefly.

Hadir sama ADUN Limbahau Datuk Juil Nuatim, Pengetua SMK St. Joseph Janet Mohibol, Pengerusi Persatuan Alumni SMK St. Joseph Ir. John Anthony dan Yang Dipertua PIBG SMK St Joseph Dr. Rovina Ginibun.

RELATED ARTICLES
Utama

FCDO  jamin teliti permintaan Sabah tarik semula larangan perjalanan ke Pantai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular