HomeUtamaPMS sasar penyertaan 20,000 pengunjung MCS tahun ini

PMS sasar penyertaan 20,000 pengunjung MCS tahun ini

Read Time:50 Second

Ranau : Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) menyasarkan penyertaan seramai 20,000 pengunjung pada Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (MCS) pada tahun ini.

Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah PMS, Rafidah Datu Derin berkata, tahun ini, Kementerian Kewangan Malaysia melalui PMS merancang melaksanakan sekurang-kurangnya 12 program di pelbagai daerah.

“Pada tahun 2023, MCS telah dilaksanakan di 12 lokasi dengan penyertaan lebih 90 agensi kerajaan dan bukan kerajaan selain merekodkan kehadiran 9,000 pengunjung secara keseluruhannya.

“MCS membawa semangat merakyatkan perkhidmatan supaya tidak ada ahli masyarakat yang tercicir dalam mendapatkan akses dan inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Tampios, Ranau yang menjadi lokasi pertama MCS tahun ini.

MCS merupakan salah satu usaha kerajaan secara bersepadu untuk mendekatkan rakyat kepada pelbagai jenis perkhidmatan di lapangan khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman yang berhadapan dengan isu-isu aksesibiliti.

Perkhidmatan yang disediakan termasuklah pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kaunter khidmat nasihat, kesihatan, pekerjaan, pendidikan, pencegahan jenayah dan kebajikan.

RELATED ARTICLES
Utama

FCDO  jamin teliti permintaan Sabah tarik semula larangan perjalanan ke Pantai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular