HomeSukanPenonton berdebar tunggu siapa pemenang dari sebalik kabus - Adzlan

Penonton berdebar tunggu siapa pemenang dari sebalik kabus – Adzlan

Read Time:1 Minute, 23 Second

Ranau : Berlari disebalik kabus tebal menjadi antara perkara lucu yang berlaku pada kejohanan sukan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Libang kali ke-33 yang diadakan semalam.

Kejohanan sukan yang berlangsung di Kompleks Sukan Ranau itu turut mendapat perhatian selepas video berdurasi 1:14 memaparkan pelari bagi acara 4 x 100 meter berlari dalam cuaca kabus tebal tular di media sosial.

Pemilik video, Adzlan Jeffery,44, ketika dihubungi Sabah Media berkata, suasana kabus yang berlaku di daerah itu bukan suatu perkara yang pelik terutama ketika cuaca sejuk dan hujan pada waktu pagi.

“Namun saya lebih merasa ‘kejadian’ itu sebagai lucu kerana keberadaan peserta tidak kelihatan dan yang menariknya semua penonton menunggu dengan debaran siapakah pelari yang akan muncul dulu dari sebalik kabus berkenaan.

“Berbanding tahun-tahun sebelum ini, kabus seumpama ini tidak ada berlaku dan kejadian lucu seperti ini juga tidak dapat dilihat. Saya hadir ke kejohanan ini juga adalah bagi menyaksikan dua orang anak saya yang turut bertanding dalam beberapa acara,” katanya.

Adzlan berkata, ‘kejadian’ itu berlaku kira-kira jam 9.50 pagi dimana berlangsungnya acara 4 x 100 meter yang disertai anaknya yang berusia 12 tahun.

“Sebelum kejohanan berlangsung, berlaku sedikit hujan renyai-renyai dan saya juga tidak menyangka larian dalam kabus itu akan menjadi satu perkara yang lucu buat lebih 170 penonton yang hadir.

“Selain itu, seorang lagi anak saya berusia sembilan tahun turut menyertai acara 100 meter namun keadaan kabus tidaklah begitu tebal seperti anak yang berusia 12 tahun,” katanya.

Adzlan turut bersyukur apabila anaknya yang berusia 12 tahun turut dianugerahkan olahragawan kejohanan apabila meraih empat pingat emas menerusi acara lompat jauh; 200 meter; 4 x 200 meter dan 4 x 100 meter. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Para SUKMA : Sabah capai sasaran 59 pingat emas namun gagal...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular