HomeUtamaIsu air Sabah : Kerakusan pemimpin masih di rasai

Isu air Sabah : Kerakusan pemimpin masih di rasai

Read Time:5 Minute, 46 Second

Oleh Wan Azrain Adnan

1.         Pada awal Januari 2024, ketika menghadiri satu acara di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia telah ‘di sambut’ dengan satu demonstrasi aman oleh sekumpulan pelajar UMS, yang telah meluahkan keluhan mereka mengenai isu bekalan air yang di hadapi oleh warga UMS.

2.         Setelah mendengar keluhan pelajar-pelajar UMS tersebut, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia telah serta-merta meluluskan peruntukan sebanyak RM 2 juta untuk menangani isu bekalan air di UMS.

3.         Isu bekalan air di UMS ini bukanlah satu isu yang baru. Malah pada Mei 2023, Perdana Menteri Malaysia telah meluluskan peruntukan RM 3 juta untuk mengatasi isu bekalan air di UMS. Menurut Naib Canselor UMS, peruntukan RM 3 juta tersebut telah di gunakan untuk pembinaan telaga air dan sistem paip baru, yang di jangka selesai pada Mac 2024.

Anwar dalam majlis Temu Anwar di UMS pada Mei tahun lalu

4.         Timbalan Ketua Menteri Sabah ada menyatakan bahawa menurut rekod Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), sejumlah 2.7 juta liter air sehari (Million Liters Daily) di bekalkan kepada UMS, berbanding dengan permintaan air di UMS sebanyak 2.98 juta liter air sehari.

Tangki penyimpanan air yang diperolehi dari Telaga Tiub di UMS

5.         Di samping itu, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS di laporkan berkata bahawa isu bekalan air di UMS turut di sebabkan oleh koloni setinggan yang wujud di sekitar kawasan Sepanggar. Koloni setinggan berkenaan, yang merangkumi dalam 12,000 buah rumah, di anggarkan mencuri sebanyak 18 juta liter air sehari melalui sambungan paip air yang haram.

6.         Isu air adalah isu legasi yang terus menghantui rakyat Sabah untuk tempoh masa yang begitu lama. Ianya mengganggu kesejahteraan rakyat Sabah dalam menjalani kehidupan seharian. Malah ianya juga mengganggu pembangunan ekonomi Sabah, dan boleh menghindar pelaburan sekiranya tidak di atasi segera. Akhirnya rakyat Sabah akan sengsara apabila tiada peluang pekerjaan yang sewajarnya tersedia.

7.         Justeru itu, di bawah Belanjawan Sabah 2024, Kerajaan Negeri Sabah telah menyediakan peruntukan sebanyak RM 679.85 juta untuk menangani isu air di Sabah. Di bawah Program Bekalan Air Negeri Biayaan Kerajaan Negeri, peruntukan RM 156.77 juta di sediakan untuk Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bagi melaksanakan program penyelesaian serta merta dan jangka pendek.

8.         Pada masa yang sama, di bawah Program Pinjaman Mudah Persekutuan, untuk penyelesaian jangka sederhana dan jangka panjang, peruntukan sebanyak RM 258.05 juta di sediakan untuk program penyelesaian bekalan air di daerah Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Papar dan Kota Kinabalu.

9.         Tambahan lagi, Geran Persekutuan sebanyak RM 135.86 juta, melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Malaysia, turut di sediakan untuk melaksanakan Program Bekalan Air Luar Bandar.

10.       Namun begitu, jumlah peruntukan tersebut masih kecil serta tidak mencukupi untuk menangani isu air di Sabah secara menyeluruh. Pada Mei 2023, semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Timbalan Ketua Menteri Sabah di laporkan berkata bahawa dana sejumlah RM 18.37 billion di perlukan untuk meningkatkan keupayaan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bagi menyediakan perkhidmatan bekalan air yang cekap di Sabah.

11.       Oleh yang demikian, memandangkan jumlah dana yang di perlukan amatlah besar, isu air Sabah di jangka akan mengambil masa yang lama untuk di selesaikan sepenuhnya. Kekangan kewangan semasa tidak membolehkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah menyelesaikan isu air dengan cepat. Maka rakyat Sabah akan terus menghadapi isu air ini untuk tempoh masa lebih panjang.

12.       Antara punca isu bekalan air di Sabah ialah sistem paip usang yang menyebabkan kehilangan air terawat. Baru-baru ini, menurut Suruhanjaya Air Negara (SPAN), Sabah memiliki isu Kadar Air Tidak Berhasil/  Non-Revenue Water ke-2 tertinggi di Malaysia, iaitu pada kadar 55%. Ini bermakna untuk setiap 100 liter air terawat, 55 liter air ‘hilang’ dan tidak sampai kepada pengguna. Kehilangan air tersebut menyebabkan kerugian besar kepada Kerajaan Negeri Sabah.

13.       Sebagai perbandingan, kadar Non-Revenue Water negeri-negeri lain di Malaysia adalah: Johor (26.3%), Pulau Pinang (26.3%), Selangor (27.8%), Perak (30.3%), Melaka (33.2%), Negri Sembilan (35.1%), Labuan (36.8%), Terengganu (38.7%), Sarawak (46.1%), Pahang (47.7%), Kedah (51.5%), Kelantan (53.7%), Perlis (61.5%).

Manakala purata kadar Non-Revenue Water negara adalah 37.2%.

14.       Justeru itu, Pengerusi Suruhanjaya Air Negara (SPAN) telah mencadangkan peruntukkan sebanyak RM 10 billion setahun untuk tempoh masa 3 – 4 tahun akan datang untuk meningkatkan keupayaan infrastruktur sektor air negara agar dapat menjamin bekalan air yang mencukupi, termasuklah untuk menangani isu Non-Revenue Water.

15.       Isu Non-Revenue Water mesti di tangani segera kerana ianya melibatkan jumlah kerugian yang amat besar. Menurut Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia, pada tahun 2022, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menganggarkan kerugian sebanyak RM 2 billion setahun di sebabkan oleh isu Non-Revenue Water.

16.       Kerugian berkenaan sudah pasti akan melemahkan kedudukan kewangan dan aliran tunai agensi dan syarikat bekalan air untuk menyediakan perkhidmatan yang baik, serta kesukaran untuk membuat pelaburan untuk meningkatkan kualiti infrastruktur air sediada.

17.       Pada masa yang sama, program menambah-baik perkhidmatan air di Sabah mesti di laksanakan dengan baik agar dapat mencapai matlamat yang di kehendaki, iaitu memberi kesejahteraan kepada rakyat Sabah. Peruntukan yang telah di sediakan mesti di belanjakan dengan teliti dan amanah. Peristiwa hitam yang membusukkan nama Sabah mesti di semadikan di dalam nota sejarah, senantiasa di ingati tapi tidak di ulangi lagi.

18.       Pada tahun 2016, Malaysia telah di kejutkan dengan kes rasuah yang melibatkan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), dengan jumlah wang yang begitu banyak. Semasa sesi perbicaraan kes rasuah terbesar Sabah tersebut, mahkamah di maklumkan bahawa wang tunai berjumlah melebihi RM 40 juta telah di temui di dalam serbuan:

  • lebih RM 23 juta di temui di pejabat beliau
  • lebih RM 21 juta di temui di rumah beliau, iaitu RM 8 juta di dalam rumah dan RM 13 juta di dalam dua buah kereta

19.       Skala rasuah tersebut amatlah menakjubkan dan menunjukkan tahap kerakusan serta ketamakan luar biasa pemimpin Sabah terdahulu. Pemimpin sebegini wajar mereput di dalam penjara kerana telah merompak kesejahteraan dan masa depan rakyat Sabah. Tiada maaf bagi mereka!

20.       Kerakusan dan ketamakan pemimpin Sabah terdahulu telah memanjangkan serta memburukkan isu air di Sabah.

21.       Lest we forget.

RELATED ARTICLES
Utama

G57 lapor SPRM, gesa siasat kemelut air di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular