HomeUtamaKerjasama Sabah, China penting - Hajiji

Kerjasama Sabah, China penting – Hajiji

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Sabah amat menghargai kerjasama kukuh yang telah dikongsi dengan China, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kerajaan Negeri Sabah amat mementingkan hubungan baik dengan China. Seperti yang ditekankan oleh Konsul Jeneral Tuan Yang Terutama Dr. Huang Shi Fang dalam ucapannya sebentar tadi, usaha kami dalam mengeratkan hubungan kerjasama antara Sabah dan China telah membuahkan hasil yang memberangsangkan sejak beberapa tahun lalu.

“Sabah telah mengadakan lawatan suai kenal dengan beberapa wilayah dan bandar di China dan inilah hasilnya,” katanya pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina yang dianjurkan oleh Konsulat China di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini malam ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

Hajiji juga yakin dengan hasil positif daripada misi perdagangan ke China di mana beliau berucap pada Majlis Sidang kemuncak Ekonomi dan Teknologi Global China (GCET) di Shenzhen tahun lepas.

“Saya berpeluang bertemu pelabur dan menjemput mereka meneroka peluang perniagaan dan pelaburan di Sabah. Sejak itu terdapat banyak penglibatan antara negeri dan pelabur China. Saya yakin dengan hasil yang positif ini,” ujarnya.

Menurut Hajiji, momentum dan kerjasama yang kukuh antara Sabah dan China telah wujud dalam banyak bidang kerjasama termasuk pelaburan, perdagangan dan budaya.

“Terdapat banyak yang boleh kita lakukan bersama dengan memainkan peranan aktif untuk mengeratkan lagi hubungan mesra, pertukaran dan kerjasama, terima kasih kepada Konsul Jeneral China kerana aktif mempromosikan friendly exchanges dan kerjasama antara China dan Sabah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Isu Pelantikan TYT Sabah: KEADILAN Sabah seru hormati perlembagaan, henti sebar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular