HomeUtamaPekerja wanita putus semua jari tangan kanan tersepit mesin pengisar daging

Pekerja wanita putus semua jari tangan kanan tersepit mesin pengisar daging

Read Time:41 Second

TAWAU: Seorang pekerja wanita putus kesemua jari tangan kanan selepas tersepit ke dalam mesin pengisar daging dalam kejadian di salah sebuah cafe di Taman Poh San dekat sini pada Khamis.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 1.50 petang semalam (25 Jan).

“Pasukan bomba Tawau tiba dilokasi kejadian mendapati seorang mangsa perempuan iaitu pekerja cafe berkenaan tanganya tersepit dalam mesin pengisar daging.

“Mangsa dikenali sebagai Nurazrina Daniel berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan putus kesemua jari tangan kanan.

“Pasukan Bomba bertindak memotong mesin pengisar dan mengeluarkan tangan mangsa.

“Mangsa seterusnya diberikan rawatan awal dan dihantar ke Hospital Tawau menggunakan Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan lanjut. Operasi ditamatkan pada jam 3.20 petang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular