HomeUtamaIsmail Sabri Tiba Di Istana Negara Menghadap Agong

Ismail Sabri Tiba Di Istana Negara Menghadap Agong

Read Time:1 Minute, 12 Second

KUALA LUMPUR: Calon Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri tiba di perkarangan pintu dua Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ahli Parlimen Bera yang Naib Presiden UMNO itu tiba menaiki sebuah bas bersama Ahli Parlimen lain kira-kira  jam 1.15 petang tadi.

Ismail dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan secara lisan mengenai sokongan terhadap calon Perdana Menteri.

Sebelum ketibaan beliau, beberapa Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) turut kelihatan dilihat tiba di Pintu Dua Istana Negara dengan sebuah bas kira-kira jam 12.45 tengah hari.

Antara Ahli Parlimen BERSATU yang kelihatan ialah Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamad; Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Ahli Parlimen Gelugor, Datuk Shahbudin Yahya serta Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Rina Harun.

Bas yang membawa sekumpulan Ahli Parlimen BERSATU yang tiba di Istana Negara

Sebelum ini, Ahli Parlimen BERSATU iaitu Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaafar antara yang kelihatan awal meninggalkan Istana Negara selepas selesai menghadap  Yang di-Pertuan Agong bersama kumpulan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Petang ini dijangka beberapa ahli Parlimen dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan beberapa ahli Parlimen Bebas termasuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijangka turut menghadap Agong.

Terdahulu, beberapa Ahli Parlimen daripada UMNO dan BERSATU yang dibahagi kepada beberapa kumpulan dilihat masuk dan keluar dari pintu dua Istana Negara selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong.

RELATED ARTICLES
Utama

Nashraff, Nadirah dinobatkan johan qari dan qariah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya