HomeUtamaTuaran catat kes kebakaran terbuka tertinggi

Tuaran catat kes kebakaran terbuka tertinggi

Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Daerah Tuaran mencatat kes kebakaran terbuka melibatkan lalang, belukar dan hutan tertinggi di negeri ini dengan merekodkan sebanyak 207 kes setakat ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Abdul Razak Muda berkata, jumlah itu direkodkan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran bermula awal Januari lalu sehingga hari ini.

“Berdasarkan jumlah yang direkodkan oleh BBP di seluruh Sabah, daerah Kota Belud turut merekodkan jumlah kes kebakaran lalang, belukar dan hutan tertinggi iaitu sebanyak 136 kes; Kota Kinabalu (90 kes); Lintas (75); Penampang (60); Kuala Penyu (56); Kimanis (55) dan Papar (50).

“Turut mencatatkan kes sama adalah di BBP Keningau sebanyak 39 kes; Sipitang (33); Tawau (33); Beaufort (22); Sook (21); Tenom (19); Sandakan (16) dan Kudat 12 kes,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdul Razak berkata, selain itu, BBP Tambunan turut merekodkan sebanyak 11 kes; Semporna (10); Lahad Datu dan Ranau masing-masing merekodkan lima kes; Kunak (4) dan Kota Marudu sebanyak dua kes.

“Sementara itu, pada hari ini, sebanyak 40 kes melibatkan kebakaran terbuka direkodkan di seluruh Sabah dimana sebanyak 24 kes adalah belukar dan lalang; hutan (12 kes) dan kebun serta ladang sebanyak empat kes.

“Jumlah itu melibatkan luas keseluruhan seluas 235.5 ekar dan ia direkodkan bagi tempoh 12 jam bermula 8 pagi tadi,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO DJ

RELATED ARTICLES
Utama

Taman Pulau Sipadan kutip hasil lebih RM16 juta sejak diwartakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular