HomeUtamaHajiji alu-alukan naik taraf HQE 2 sebagai hospital pakar jantung

Hajiji alu-alukan naik taraf HQE 2 sebagai hospital pakar jantung

Read Time:1 Minute, 24 Second

PAPAR: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan pengumuman menaik taraf Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE 2) sebagai hospital pakar jantung.

Hajiji turut mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan Khususnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memahami keperluan negeri Sabah dan juga kepentingan rakyat di sebelah wilayah Timur ini.

“Justeru, kita amat senang hati kerana ini akan memudahkan pesakit jantung kita nanti tidak lagi perlu dihantar ke Kuala Lumpur tetapi hanya boleh dilakukan di Kota Kinabalu,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MP Papar dan ADUN Kawang di Dewan SMK Pengalat di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang Datuk Ghulam Khan Bahadar.

Mengulas lanjut, Hajiji berkata sudah tentu kerajaan Sabah turut menekankan penambahan fasiliti dalam aspek kesihatan.

“Tentu sekali ini yang kita mahukan kerana aspek kesihatan ini cukup penting bagi kita. Justeru itu, kesihatan, pendidikan dan sebagainya pihak Kerajaan Persekutuan amat memahami dan ini amat kita alu-alukan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM80 juta bagi tujuan menaik taraf HQE 2 sebagai sebagai hospital pakar jantung.

“Maka dengan ini saya umumkan supaya kemudahan khas atau lot khas untuk jantung negara yang disebut Pusat Jantung Negara Sabah disediakan di Sabah.

“Dengan ini ia akan menjadikan Sabah memiliki kemudahan rawatan pakar jantung yang kedua di negara selepas Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

“Perkhidmatan ditawarkan menerusi seramai tiga orang pakar dan 120 orang tenaga sokongan terlatih sedia ada membabitkan peruntukan sebanyak RM 80 juta,” katanya
ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Sabtu.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular