HomeUtamaMUIS anggap isu berkaitan zakat sebagai cabaran, kritikan membina

MUIS anggap isu berkaitan zakat sebagai cabaran, kritikan membina

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menganggap isu berkaitan zakat yang dikendalikan agensi itu sebagai satu cabaran dan kritikan yang membina.

Timbalan Yang Dipertua MUIS Datuk Malai Ali Malai Ahmad berkata, kritikan yang diberikan juga dapat membantu agensi itu melihat ruang kaedah atau mekanisme sesuai untuk tujuan penambahbaikan pengurusan.

“Kita di MUIS lebih menumpukan kepada hal ehwal zakat, sebab itu yang diperlukan umat.  Kita juga telah mengadakan kempen berhubung zakat, sumbangan dan bantuan kepada golongan memerlukan dan ini kita terus gerakkan.

“Alhamdulilah, kepercayaan umat Islam kepada MUIS ini sebagai pemegang Amanah zakat semakin baik walaupun ada sedikit tentangan dan cabaran ini kami menganggap ia sebagai satu kritikan membina dan membantu kami untuk mencari kaedah atau mekanisme sesuai dari masa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MUIS di sini hari ini.

Timbalan Yang Dipertua MUIS Datuk Malai Ali Malai Ahmad

Majlis itu turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Mengenai majlis itu, Malai Ali berkata, sambutan yang diadakan setiap tahun ini adalah melihat kepada nilai ukhuwah dan silaturahum yang terjalin dalam kalangan pengunjung yang hadir.

“Bagi kami di MUIS, kami lebih melihat kepada nilainya, nilainya disitu adalah ukhuwah, silaturrahim.  Dengan adanya nilai ini, ianya akan dapat menentukan perpaduan kita khususnya di Sabah.

“Kehadiran pengunjung dari pelbagai agama dan bangsa ini membuktikan bahawa kita di Sabah mengutamakan perpaduan.  Kita tetap Bersatu dan ini menjadi kunci kepada keamanan,” katanya.

Terdahulu, seramai lebih 3,000 pengunjung hadir memeriahkan majlis itu yang bermula seawal jam 10 pagi dengan pelbagai hidangan makanan dan minuman. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

‘Explore Sabah’ tonjol tarikan unik menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular