HomeSukanLiga Super : Kemenangan di laman sendiri suntik semangat pemain Sabah FC

Liga Super : Kemenangan di laman sendiri suntik semangat pemain Sabah FC

Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu : Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee mengakui kemenangan di laman sendiri selepas menewaskan Kuching City FC 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas malam tadi telah menyuntik semangat pemain untuk lebih konsisten.

Katanya, tiga mata pertama itu juga dilihat penting sebelum saingan Liga Super berehat seketika sempena perlawanan pusingan kedua Kelayakan Asia Piala Dunia FIFA pada awal bulan depan.

“Penting untuk kita mendapatkan tiga mata penuh dan ini sudah tentu menyuntik semangat pemain sebelum kita berehat dengan kalendar FIFA.

“Selepas ini kita akan kembali dengan Piala FA dan saya harap kita akan bertambah baik dari sekarang dan lebih konsisten lagi selepas ini,” katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Pada aksi semalam, Sabah bangkit menewaskan Kuching City selepas ketinggalan 1-0 hasil jaringan pendahuluan penyerang lawan, Pedro Henrique pada minit ke-63.

Sabah bagaimanapun dapat menyamakan kedudukan 1-1 hasil sepakan penalti Darren Lok pada minit ke-75, disusuli gol kemenangan 2-1 hasil jaringan Muhamad Jafri Chew pada minit ke-84.

Skuad Badak kini berada di tangga ketiga carta Liga Super dengan mengumpul tujuh mata di belakang Terengganu FC di tangga kedua dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di tangga teratas liga.

Dalam pada itu, Kim Swee berkata pasukannya akan ke Jakarta, Indonesia untuk menyertai Kejohanan Antarabangsa RCTI Premium Sports, Indonesia yang dijadualkan pada 30 Mei hingga 2 Jun ini.

“Kita akan ke Indonesia untuk Piala RCTI selepas ini dan kita akan dapat dua perlawanan yang lebih penting di mana saya ingin mencuba beberapa pemain lagi untuk memastikan mereka dapat minit yang mencukupi,” katanya.

Kejohanan yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Jakarta (JIS) itu turut disertai Selangor FC, selain dua pasukan dari Indonesia, Persija Jakarta dan PSIS Semarang. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

Boys United juarai Kejohanan Futsal Terbuka Wakaf

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular