HomeUtamaCuaca panas tidak halang ribuan pengunjung banjiri Hongkod Koisaan

Cuaca panas tidak halang ribuan pengunjung banjiri Hongkod Koisaan

Read Time:1 Minute, 21 Second

Penampang : Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini menjadi tumpuan ribuan pengunjung termasuk pelancong sempena kemuncak sambutan Pesta Kaamatan yang berlangsung bermula hari ini dan esok.

Meskipun cuaca panas selain kesukaran untuk mendapat tempat letak kenderaan tidak menghalang untuk para pengunjung terus membanjiri tapak sambutan.

Tinjauan Sabah Media mendapati, pengunjung yang datang begitu teruja untuk melihat sendiri kepelbagaian etnik dan budaya serta tarian khususnya yang terdapat di Kampung Kebudayaan Koisaan.

Pengunjung yang ditemui, Amy Dangin,39, berkata, kehadirannya ke sambutan itu adalah atas permintaan anak-anaknya selain mahu turut memeriahkan sambutan Pesta Kaamatan pada tahun ini.

“Saya sebenarnya hari ini hanya mahu berjalan-jalan, walaupun saya tidak mahu datang sebab hari ini dan esok terlampau ramai orang, susah cari tempat letak kereta dan panas.

“Tapi saya tetap nekad untuk datang kerana mahu memenuhi kehendak anak-anak yang mahu melihat dan merasai sendiri kemeriahan Pesta Kaamatan pada setiap tahun.

“Jadi hari ini saya berpeluang untuk membawa mereka melihat sendiri permainan tradisional, makanan, pakaian dan pelbagai lain,” katanya.


Sementara itu, bagi Vincent Justin,37, sambutan yang diraikan oleh pelbagai lapisan masyarakat itu sentiasa menarik dengan pelbagai pameran dan aktiviti kebudayaan yang disediakan.

“Aktiviti pertama saya sebaik tiba di sini adalah melihat setiap rumah etnik yang ada, banyak aktiviti disediakan termasuk tarian dan makanan tradisional serta banyak lagilah.

“Selain itu, saya juga lihat ada penampilan khas Unduk Ngadau yang akan dimahkotakan esok.  Erti kata lain bagi saya kali ini sambutan meriah,” katanya.

Terdahulu, majlis perasmian sambutan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pagi tadi.

Manakala majlis penutupan akan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

156 pelajar layak terima WPP, persediaan awal ke IPT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular