HomeUtamaPM tidak ada masalah tunai MA63, tidak mahu tertangguh

PM tidak ada masalah tunai MA63, tidak mahu tertangguh

Read Time:1 Minute, 4 Second

Penampang : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada masalah sama sekali untuk tunaikan apa yang ada dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau turut memberi jaminan untuk segera menyelesaikan mana-mana perkara disepakati antara Kerajaan Persekutuan dan Sabah dan tidak mahu tertangguh lagi.

Berikutan itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof telah diarahkan mempengerusikan Majlis Tindakan MA63 sebagai platform untuk menyertai perkara berkaitan.

“Dalam tempoh satu tahun, Tan Sri Pairin (Kitingan) lebih senior, dia lebih lama ikuti puluh tahun buat tuntutan dan perbincangan.

“Dalam tempoh satu tahun Kerajaan Madani, kita selesaikan masalah MA63 jauh lebih baik daripada apa yang dibuat 10 tahun yang lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Ir Shahelmey Yahya dan barisan Kabinet Kerajaan Sabah dan Persekutuan.

Majlis Tindakan MA63 itu turut disertai bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Anwar berkata, sebaik sahaja kerajaan negeri Sabah ‘beres’ dan bersedia dalam semua perkara berkaitan seperti penyerahan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Kerajaan Persekutuan pimpinannya tidak ada masalah untuk menunaikan apa yang telah dijanjikan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

IKMa komited bimbing koperasi dalam penggunaan teknologi AI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular