HomeUtamaHyellene dinobatkan Unduk Ngadau Kebangsaan 2024

Hyellene dinobatkan Unduk Ngadau Kebangsaan 2024

Read Time:1 Minute, 13 Second

Penampang : Finalis Unduk Ngadau mewakili Inanam, Hyellene Danius berjaya dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) peringkat Kebangsaan 2024.

Hyellene berjaya menewaskan 50 peserta lain pada pertandingan Unduk Ngadau peringkat akhir yang berlangsung di Dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kadazandusun (KDCA) di sini sebentar tadi.

Dengan kemenangan itu, Hyellene menerima hadiah wang tunai sebanyak RM12,000, crown, trofi, sash, jambangan bunga dan beberapa hadiah iringan yang lain.

Hadiah disampaikan isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah RM Jasni dan turut diiringi isteri Ketua Menteri Datin Seri Juliah Salag.

Tempat kedua berjaya dimenangi Unduk Ngadau dari daerah Kiulu, Elldiwirna Saimen yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000, trofi, jambangan bunga dan beberapa hadiah iringan.

Bagi pemenang tempat ketiga telah dimenangi Monicka Majin yang mewakili daerah Keningau dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM8,000, trofi, jambangan bunga serta hadiah iringan.

Selain itu, bagi pemenang tempat keempat berjaya dimenangi Unduk Ngadau mewakili KDCA Johor iaitu Romandawi Gapari yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000, trofi dan jambangan bunga.

Pemenang tempat kelima, keenam dan ketujuh masing-masing dimenangi Liane Melve Grace Lias; Elviana Gunong dan Richella Kan Siang Feng.

Kesemua mereka masing-masing berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000, RM3,000 dan RM2000 beserta trofi dan jambangan bunga.

Hadiah bagi tempat ketiga dan keempat disampaikan isteri Ketua Menteri Datin Seri Juliag Salag.

Manakala hadiah bagi tempat kelima hingga ketujuh disampaikan isteri Timbalan Ketua Menteri Datin Cecilia Edwin. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tambah baik jejantas Petagas bakal tingkat keselamatan penduduk – Shahelmey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular