HomeUtamaKerajaan negeri tolak tuduhan tidak berasas, sebaran dikenakan tindakan tegas - Masidi

Kerajaan negeri tolak tuduhan tidak berasas, sebaran dikenakan tindakan tegas – Masidi

Read Time:3 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun dengan tegas menolak tuduhan tidak berasas disebarkan secara dalam talian yang cuba mengaitkan aktiviti pengumpulan dana SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE) baru-baru ini dengan skandal 1MDB.

Ini berikutan Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal, telah membuat tuduhan yang dianggap tidak berasas dan mengelirukan mengenai pemerolehan Sabah International Petroleum Sdn Bhd (SIP) oleh SMJE dan penyusunan semula pinjaman dengan Sabah Development Bank Berhad (SD Bank).

Menurut Masidi, Pemerolehan SIP oleh SMJ Energy Sdn Bhd dan Penggunaan Sukuk RM900 juta telah pun disahkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri pada November 2023 diikuti dengan kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah pada 29 Mei 2024 bahawa SIP akan menjimatkan lebih RM60 juta setahun dalam faedah kerana kadar faedah Sukuk lebih rendah berbanding kadar SD Bank.

“Bon tertunggak SD Bank dikurangkan sebanyak RM700 juta, membolehkannya meneruskan operasi terasnya.

“SMJE menerima RM397 juta daripada pemilikan 10% SIP dalam Petronas LNG9 Sdn Bhd (PLNG9), dijangka menjana RM150 juta setahun untuk 13 tahun akan datang.

“Operasi dan aset lain SIP telah menjana RM271 juta dalam pendapatan untuk SMJE sejak pemerolehan tersebut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa program Sukuk Wakalah mematuhi kovenan ketat dan prinsip patuh Syariah, membiayai perbelanjaan modal, pembiayaan semula pembiayaan Islam sedia ada, dan menampung perbelanjaan berkaitan.

Masidi berkata, kesan Kewangan dan Ekonomi Kejayaan program Sukuk Wakalah, terlebih langganan sebanyak 3.9 kali, menunjukkan keyakinan pelabur yang kuat, diiktiraf oleh penerbitan The Edge sebagai urus niaga pengumpulan dana bukan IPO terbaik 2023.

“Manakala RAM, sebuah agensi penarafan yang dipercayai, telah memberikan penarafan AAA kepada program ini.

“Pembiayaan semula mengukuhkan lembaran imbangan SD Bank, membolehkan ia membiayai projek pembangunan di Sabah, merangsang pertumbuhan ekonomi,” jelasnya.

Beliau berkata, tuduhan mengenai kemudahan yang diberikan kepada Semenanjung Malaysia terdapat 20 akaun berjumlah kira-kira RM3.3bil yang dilanjutkan oleh SD Bank kepada peminjam Semenanjung Malaysia sejak tahun 2001, di mana daripada 20 akaun ini, 19 akaun tidak berbayar berjumlah kira-kira RM3.1bil. Sebanyak RM3.2bil kemudahan ke Semenanjung Malaysia telah diluluskan dalam tempoh 2001-2019.

“Baki RM100 juta telah diberikan dalam tempoh 2020 – Mei 2024, namun ini adalah untuk meneruskan projek bagi peminjam Semenanjung Malaysia sedia ada yang akaunnya dengan SD Bank wujud sebelum 2020, dengan matlamat utama untuk prospek pemulihan yang lebih baik.

“Berdasarkan data di atas, dapat dilihat bahawa tiada pinjaman baharu diberikan oleh SD Bank kepada peminjam Semenanjung Malaysia sejak Kerajaan Negeri Sabah sekarang mengambil alih.

“Malah, sebagai sebahagian daripada Pelan Transformasi untuk SD Bank, Bahagian Syarikat Pengurusan Aset (AMC) baharu telah ditubuhkan sejak September 2023 untuk mendapatkan semula pinjaman ini secara agresif dan keluar dari Semenanjung Malaysia menjelang akhir 2026 atau lebih awal,” jelas Masidi.

Mengenai pelantikan Datuk Seri Lim Haw Kuang sebagai Pengerusi SD Bank dan Penasihat Khas SMJE, Masidi berkata tiada langsung unsur konflik kepentingan kerana Kerajaan Negeri memiliki kedua-dua syarikat.

“Kerajaan Negeri telah bertindak tegas dalam menangani situasi sukar yang melibatkan cabaran kewangan bersejarah yang dihadapi oleh GLC seperti SIP dan SD Bank.

“Reputasi Datuk Seri Lim yang sempurna, pengetahuan luas dan pengalaman profesional dalam perniagaan dan industri minyak dan gas adalah untuk membantu Kerajaan Negeri menangani isu kewangan bersejarah sambil mengembangkan perniagaan minyak dan gas untuk Negeri,” katanya.

Tambah beliau lagi, SMJE beroperasi di bawah tadbir urus yang ketat. Lembaga komited terhadap ketelusan dan akauntabiliti serta disokong oleh pengarah bebas yang berpengalaman dari kedua-dua bidang gas minyak dan pelaburan untuk memastikan SMJE dikendalikan dan diurus secara profesional.

“Semua keputusan dibuat demi kepentingan terbaik SMJE dan Negeri Sabah.

“Tindakan undang-undang penyebaran maklumat salah secara melulu berhubung perkara ini akan membawa padah.

“Kerajaan Negeri bersedia untuk mempertahankan reputasinya dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil semua tindakan yang perlu untuk menegakkan integriti dan profesionalisme dalam usaha korporat ini.

“Sebarang percubaan untuk melemparkan tuduhan negatif yang tidak benar akan ditentang sekeras-kerasnya,” tegas Masidi.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Agong Lawat China: Usaha Tarik Pelaburan Bagi Projek Kereta Api Johor-Singapura

Jabatan Meteorologi Malaysia Hujan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular