HomeUtamaJANS potong 679 sambungan paip haram sehingga Mei lalu.

JANS potong 679 sambungan paip haram sehingga Mei lalu.

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) merekodkan sebanyak 679 penyambungan paip air yang dilakukan secara haram sekitar ibu negeri bagi tempoh Januari hingga Mei lalu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, jumlah penyambungan paip yang dikesan itu telah dipotong menerusi operasi berterusan yang dijalankan JANS.

Katanya, operasi yang dilakukan khususnya di kawasan setinggan terutama di Sepanggar dilihat menjadi antara punca Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan sekitar mengalami masalah bekalan air.

“Operasi agresif yang dijalankan JANS ini lebih tertumpu dan mensasarkan kepada kawasan setinggan yang kebanyakan berada di sekitar Sepanggar dan menjadi antara UMS dan sekitar mengalami masalah gangguan bekalan air.

“Berdasarkan rekod, sebanyak 135 penyambungan paip haram telah dipotong pada Januari lalu, Februari (174), Mac (48), April (145) dan 177 penyambungan dikesan pada bulan lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, antara kawasan setinggan yang menjadi tumpuan di Sepanggar termasuklah di Kampung Brunei Sepanggar; Suang Parai; Kampung Sepakat Jaya; dan Kampung Jaya Diri.

Turut menjadi tumpuan katanya adalah di Taman Kingfisher Sulaman; Kampung Bahagia; Kampung Delima dan beberapa lokasi lain.

Tambahnya, operasi pemotongan itu juga adalah bagi membantu meningkatkan bekalan air di UMS.

Ahad lalu, JANS telah memotong sebanyak 24 penyambungan paip haram yang dilakukan penghuni setinggan di sekitar Kampung Suang Parai dan Kampung Brunei.

Dari jumlah itu, sebanyak tujuh penyambungan dikesan di Kampung Suang Parai dan 17 lagi dikesan di Kampung Brunei. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pemandu teksi maut ditetak, berpunca tidak puas hati, cemburu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular