HomeUtamaBas ekspres jatuh gaung, enam mangsa cedera

Bas ekspres jatuh gaung, enam mangsa cedera

Read Time:59 Second

LAHAD DATU: Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu berjaya mengeluarkan enam mangsa yang mengalami kecederaan dalam insiden kemalangan jalanraya melibatkan sebuah bas penumpang terjatuh ke dalam gaung di Batu 9, Jalan Silam di sini pada Khamis.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 9.24 malam tadi (20 Jun).

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian kira-kira 23 kilometer dari Balai Bomba Lahad Datu, Komander Operasi melaporkan kemalangan melibatkan sebuah Bas Senex Express (32 penumpang) hilang kawalan lalu jatuh ke dalam gaung sedalam 50 meter.

“Seramai 19 orang penumpang menaiki bas berkenaan, separuh daripada mangsa telah keluar dengan sendirinya dari bas iaitu seramai 13 orang.

“Manakala terdapat enam orang mangsa cedera berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua enam mangsa diserahkan kepada pihak petugas perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diberi rawatan awal di lokasi kejadian.

“Seterusnya kesemua mangsa dihantar ke hospital dengan menaiki Ambulans dan jentera EMRS Bomba bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Setelah memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.30 malam,” katanya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular