HomeUtamaApi-Api Night Food Market ditutup sementara 12 Julai ini

Api-Api Night Food Market ditutup sementara 12 Julai ini

Read Time:40 Second

Kota Kinabalu : Operasi dan aktiviti pasar malam Api-Api Night Food Market @ Gaya Street akan ditutup sementara selama dua hari bermula 12 Julai ini.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan sementara itu dibuat bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan di sepanjang Jalan Gaya. 

“Dimaklumkan bahawa operasi dan aktiviti pasar malam Api-Api Night Food Market @ Gaya Street akan ditutup sementara pada 12 dan 13 Julai ini.

“Api-Api Night Food Market @ Gaya Street akan kembali beroperasi seperti biasa pada minggu berikutnya iaitu pada 19 dan 20 Julai,” menurut kenyataan itu di sini semalam.

Tambah kenyataan itu, peniaga atau orang ramai boleh menghubungi Bahagian Penjaja, Jabatan Pelesenan, DBKK melalui talian 088-521800 untuk maklumat lanjut.

“DBKK memohon maaf atas segala kesulitan,” tambah kenyataan itu lagi. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Program berkaitan kesihatan, kesejahteraan perlu diberi penekanan oleh NGO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular