HomeSukanSebuah mini stadium bakal dibina di SMAN Toh Puah Hajah Rahmah

Sebuah mini stadium bakal dibina di SMAN Toh Puah Hajah Rahmah

Read Time:1 Minute, 3 Second

Papar : Sebuah mini stadium Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Toh Puan Hajah Rahmah bakal dibina selepas Kerajaan negeri meluluskan peruntukan berjumlah RM3.5 juta.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, majlis pecah tanah pembinaan dijangka selewat-lewatnya Januari tahun depan.

Katanya, pada ketika ini pemilihan tender dan kontraktor sedang dilaksakanan serta berada diperingkat akhir.

“Pecah tanah pembinaan projek berkenaan dijangka akan dilaksanakan selewat-lewatnya awal tahun depan dan peruntukan juga sudah diluluskan Kementerian Kewangan dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kita akan ikut standard yang biasa untuk memudahkan anak-anak menjalani latihan atau membuat kejohanan berdasarkan standard sukan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penangguhan Majlis Sukan Sekolah Sekolah Menengah Agama (MSSMAN) di SMAN Toh Puan Hajah Rahmah di sini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Jumain Abdul Ghani.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama Sabah turut mencadangkan penganjuran sukan berkenaan diperluaskan melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Maahad Tahfiz.

Beliau turut mencadangkan agar penganjuran sukan itu dilaksanakan diperingkat borneo khususnya dalam acara pidato, syarahan dan sukan melibatkan Brunei dan Indonesia.

“Ia adalah bagi mengeratkan lagi hubungan serantau dalam pelbagai aspek terutama pembangunan pendidilan di wilayah borneo,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Juhar terima anugerah Sayap Kehormat VAT 69 Komando PDRM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular