HomeUtamaPengisytiharan Hari Sabah sebagai satu hari bersejarah

Pengisytiharan Hari Sabah sebagai satu hari bersejarah

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Pengisytiharan Hari Sabah pada 31 Ogos yang diwartakan Kerajaan Sabah adalah sebagai satu hari bersejarah yang perlu diingati rakyat di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perkara itu telah diputuskan Kerajaan melalui Kabinet negeri sebelum diwarta pada 5 Jun dan diterbitkan pada 20 Jun lalu.

“Memang itu diputuskan oleh Kerajaan oleh Kabinet, tujuannya adalah untuk kita memperingati hari Sabah sebagai satu hari amat bersejarah bagi negeri Sabah.

“Jadi Kerajaan berpendapat bahawa ianya perlu diwartakan untuk diperingati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Graduasi Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Malaysia Timur Tahun 2024 di Dewan Kompleks JKKN Sabah, di sini hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pertembungan dengan sambutan Hari Kebangsaan, Hajiji berkata, perayaan Hari Kebangsaan akan terus dilaksanakan seperti biasa.

“Tidak ada (masalah) dengan Hari Kebansgaan, kita teruskan perayaan Hari Kebangsaan kerana kita dalam satu negara yang sudah merdeka.

“Tetapi jika ada acara bagi memperingati Hari Sabah, itu kita tetap benarkan,” katanya.


Semalam, tular Warta Kerajaan yang memaklumkan bahawa Kerajaan Sabah mewartakan pengisytiharan Hari Sabah pada 31 Ogos.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong melalui warta itu memaklumkan warta itu dibuat pada 5 Jun dan diterbitkan pada 20 Jun lepas bagi makluman umum bahawa 31 Ogos diisytihar sebagai Hari Sabah.

Warta tersebut diterbitkan atas perintah Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Agenda pembangunan Hala Tuju SMJ nampak hasil positif

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular