HomeUtamaLakukan saringan kesihatan secara berkala - Arifin

Lakukan saringan kesihatan secara berkala – Arifin

Read Time:57 Second

Membakut : Orang ramai khususnya di kawasan luar bandar disaran untuk melakukan saringan kesihatan secara berkala di semua pusat kesihatan yang disediakan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia penting bagi memastikan rawatan awal dapat dilakukan sekiranya disahkan menghidap sebarang penyakit.

“Saya berharap program yang diadakan seperti ini akan mendapat sambutan yang baik khususnya dalam kalangan masyarakat setempat.

“Selain itu, saya difahamkan program ini diadakan selama empat hari bermula hari ini (semalam) dan saya yakin dengan pengenalan, kesedaran yang diberikan dan pemakluman disampaikan pemimpin kampung, saya harap mereka akan datang beramai-ramai untuk pemeriksaan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Program Jelajah Saringan Kanser dengan Kerjasama Majlis Kanser Nasional (MAKNA) di Dewan Kesenian Islam di sini semalam.

Program anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama MAKNA itu betujuan bagi membantu orang awam mengetahui tahap kesihatan selain mengesan gejala awal kanser.

Pada program itu,pelbagai aktiviti lain turut dilaksanakan antaranya saringan kanser payudara; saringan kanser usus; saringan kanser serviks; saringan kesihatan dan saringan iBreast.

Penganjuran program sama akan turut diadakan di Dewan Serbaguna Sipitang pada 16 Julai ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular