HomeUtamaSAHEX 2024 platform pemain industri Halal dalam, luar negara

SAHEX 2024 platform pemain industri Halal dalam, luar negara

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu: Penganjuran Ekspo Halal Antarabangsa Sabah (SAHEX) 2024 mampu menjadi platform bagi pemain industri halal untuk mengembangkan dan meluaskan potensi pasaran di dalam dan luar negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata kerajaan sentiasa terbuka dengan mana-mana negara jiran bagi bertukar-tukar produk dan kerjasama lain dalam memasarkan produk halal.

“Kerjasama bersama negara-negara jiran amat dialu-alukan dalam memasarkan produk halal atau bertukar-tukar bahan khususnya seperti negara Brunei, Indonesia dan Singapura.

“Selepas melawat ke beberapa booth pempamer, beberapa pengusaha sudah berjaya memasarkan produk-produk mereka ke negara-negara jiran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian dan Penangguhan SAHEX 2024 di Pusat Konvensyen Kota Kinabalu (SICC) di sini semalam.

Terdahulu, Arifin hadir mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bagi merasmikan program berkenaan.

Ariffin turut memaklumkan dakwaan segelintir masyarakat bahawa di Sabah sukar mendapatkan makanan halal adalah tidak benar memandangkan dianggarkan lebih 200 pengusaha sudah menerima sijil pengiktirafan halal.

“Permohonan untuk mendapatkan pensijilan halal sebelum ini tertunggak, sudah diselesaikan serta beberapa syarikat dan restoran yang baru memohon sedang dalam penilitian.

“Produk-produk dari industri kecil sederhana (IKS) juga banyak memohon pensijilan halal dan pihak kerajaan akan memberikan tumpuan khusus bagi membantu mereka untuk membangun perniagaan mereka,” katanya.

Pada majlis itu, Arifin turut melancarkan satu aplikasi Halal Sabah bagi memudahkan masyarakat menyemak senarai-senarai pengusaha dan produk  yang mendapat persijilan pengiktirafan halal serta Pelancaran Garis Panduan Konsultan Halal Sabah 2024.

Beliau turut menyampaikan Anugerah Pengurusan Halal Sabah 2024 kepada dua pempamer iaitu Jetsin Sdn Bhd dan Desa Group setelah memenuhi kriteria yang ditetapkan.

RELATED ARTICLES
Utama

TSA 2012 & pelantar benua kekal sebagai perkara yang “tidak boleh...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular