HomeUtamaTH terus kekal perkhidmatan pengurusan haji terbaik

TH terus kekal perkhidmatan pengurusan haji terbaik

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu: Rakyat khususnya umat Islam di negeri ini diseru untuk terus menyokong usaha Lembaga Tabung Haji (TH) dalam melaksanakan pengurusan haji dan simpanan kewangan di TH.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, TH terus mengekalkan perkhidmatan pengurusan haji terbaik selain turut mendapat pengiktirafan jemaah haji bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh negara.

“Syabas dan tahniah kepada TH khususnya di negeri Sabah kerana kita dapat lihat dan respon para jemaah haji kita, mereka sangat bersyukur atas pengurusan TH yang begitu cekap, dedikasi dan sentiasa membimbing mereka dalam mengerjakan haji di Tanah Suci.

“Ini adalah satu pengiktirafan jemaah haji kita bahawa TH telah pun mengekalkan perkhidmatan terbaik dan contoh kepada negara-negara lain di seluruh dunia bahawa pengurusan haji kita memang terbaik di peringkat dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyambut ketibaan kumpulan jemaah haji terakhir dari Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini pagi tadi.

Kumpulan jemaah seramai 101 orang melibatkan 43 jemaah lelaki dan 58 jemaah perempuan itu tiba di KKIA kira-kira jam 5.10 pagi tadi dengan menggunakan pesawat khas KT85S.

Hadir sama menyambut ketibaan Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak TH, Datuk Nurlaila Said dan Pengarah TH Negeri Sabah, Yusdi Nasip merangkap Pengarah Operasi Stesen Berlepas Kota Kinabalu Musim Haji 1445H/2024M.

Ruslan berkata, golongan ibu bapa juga diseru untuk sama menggalakkan anak-anak diusia kecil bagi membuat tabungan di TH.

“Apabila anak-anak membuka akaun di TH pada usia muda, mereka akan berpeluang untuk mengerjakan ibadah haji lebih awal kerana berdasarkan pengalaman jemaah haji perlu mempunyai tenaga dan stamina yang kuat,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

TSA 2012 & pelantar benua kekal sebagai perkara yang “tidak boleh...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular