HomeUtamaTiga anggota penguat kuasa ditahan reman 6 hari kes 'pasport terbang'

Tiga anggota penguat kuasa ditahan reman 6 hari kes ‘pasport terbang’

Read Time:31 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman ke atas tiga anggota penguat kuasa disyaki terlibat sindiket pemalsuan pembaharuan pasport dalam Ops Fly baru-baru ini.

Perintah tahanan reman ketiga-tiga suspek selama enam hari bermula 19 Julai hingga 24 Julai 2024 dikeluarkan Majistret Wan Farrah Fariza Wan Ghazali di Mahkamah Majistret 2, di sini hari ini.

Ketiga-tiga suspek lelaki, dua daripadanya diwakili peguam manakala seorang tertuduh tidak diwakili peguam.

Salah seorang suspek diwakili Peguam Mohd Luqman Syazwan Zabidi dan peguam Nur syazwani Razlee, manakala seorang lagi diwakili peguam Elhanan James.

Pendakwaan bagi ketiga-tiga suspek dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Norsham Saharom.

RELATED ARTICLES
Utama

ADUN Kiulu wujud Tabung Keusahawanan & Kepimpinan Belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular