HomeUtamaRM62.91 juta diperuntukkan kepada Sabah, projek naik taraf TVET

RM62.91 juta diperuntukkan kepada Sabah, projek naik taraf TVET

Read Time:39 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur : Sebanyak RM62.91 juta telah diperuntukan kepada Sabah bagi projek pembangunan dan menaik taraf peralatan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Kementerian Pendidikan.

Timbalan Menterinya Wong Kah Woh berkata peruntukan itu adalah daripada Rolling Plan Satu hingga Empat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menurutnya, ia antaranya melibatkan Pakej Ransangan Ekonomi melibatkan enam kolej vokasional dan 20 Sekolah Menengah Kebangsaan Program Vokasional Menengah Atas, pembinaan Kolej Vokasional Berasrama Penuh di hub pendidikan Sandakan dan pembekalan peralatan dan perabot bagi Kolej Vokasional Sandakan 2.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) yang ingin mengetahui peruntukan yang telah disediakan untuk menaik taraf peralatan bengkel di institut TVET di Malaysia terutamanya di Sabah, pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Mesyuarat berhubung isu GISBH di Sabah diadakan bulan depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular