HomeUtamaSimulasi Haji Cilik perlu dianjurkan di seluruh daerah - Ruslan

Simulasi Haji Cilik perlu dianjurkan di seluruh daerah – Ruslan

Read Time:1 Minute, 17 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran Program Simulasi Haji Cilik khususnya diperingkat sekolah tadika perlu diperluaskan di semua daerah di negeri ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, ini adalah bagi memberi peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk turut serta menyertai tanpa perlu ke ibu negeri.

“Saya berharap agar program seumpama ini perlu dibawa ke peringkat daerah yang lain kerana saya difahamkan hari ini ada yang datang dari daerah seperti Tawau; Sandakan; Semporna dan beberapa daerah lain yang begitu jauh untuk datang ke Kota Kinabalu semata-mata untuk menyertai simulasi haji ini.

“Justeru saya mencadangkan supaya seluruh daerah di Sabah dapat melaksanakan simulasi haji ini dan saya yakin ramai lagi yang kurang kemampuan untuk datang ke Kota Kinabalu.  Jadi maknanya kalau kita melakukan di peringkat daerah, peluang untuk menyertai itu itu akan lebih ramai dapat pendedahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Simulasi Haji Cilik 2024 bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Ruslan berkata, penganjuran simulasi itu dilihat amat baik dalam memberi pendedahan kepada anak-anak kecil khususnya di peringkat tadika.

Katanya, ia adalah usaha yang perlu dipupuk dan dilaksanakan dari peringkat kecil lagi.

“Dengan adanya pendedahan ini dan sejajar dengan saranan Lembaga Tabung Haji (TH) yang mana kita memerlukan bakal-bakal haji dimasa hadapan yang masih bertenaga untuk datang ke Tanah Suci.

“Sudah tentu juga dengan adanya pendedahan ini, anak-anak yang masih di peringkat sekolah ini mereka mempunyai semangat dan juga pendidikan itu sendiri,” katanya.  – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

400 pelajar sertai Program Smart Jawab SPM 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular