HomeUtamaSekretariat Khat Asean dicadang akan diwujudkan

Sekretariat Khat Asean dicadang akan diwujudkan

Read Time:1 Minute, 19 Second

Membakut: Jawatankuasa Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam bercadang untuk mewujudkan sekretariat khas antarabangsa dengan permulaan akan mewujudkan Sekretariat Khat Asean.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pewujudan sekretariat itu akan menjadi jaringan bagi penggiat, pencinta dan penulus khat di Asean dalam satu sekretariat.

“Kita bercadang satu hari nanti kita akan mewujudkan satu sekretariat khat antarabangsa dan permulaan ini kita akan wujudkan sekretariat khat Asean yang mana boleh menjadi jaringan bagi penggiat khat, pencinta khat, penulis khat di Asean ini dalam satu sekretariat.

“Dan kita akan memudahkan mereka apabila ada maklumat, apabila ada program kita akan terus kepada sekretariat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketiak ditemui selepas menghadiri sesi rakaman Forum Perdana Hal Ehwal Islam sempena Mahrahan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Sabah Malaysia di di sini semalam.

Arifin yang juga pengasas dan penaung mahrajan itu berkata, sekretariat itu dijangka akan turut disertai Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina malah dari negara-negara lain.

“Ini cadangan dan akan kita rancang. Saya yakin Sabah boleh menjadi pusat kepada sekretariat ini,” katanya.

Mengulas mengenai penganjuran forum itu, Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama Sabah berkata, pihaknya amat mengalu-alukan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melaksanakan program itu lebih kerap di Sabah.

“Selepas ini mereka akan membuat forum secara langsung di daerah Tuaran dan kita harap setiap tahun sekurang-kurangnya empat kali forum perdana ini dibuat di Sabah.

“Mudah-mudahan ia akan menjadi sumber ilmu pengetahuan dan boleh menjadikan wadah yang terbaik dalam menyampaikan syiar dakwah dan keharmonian hidup masyarakat di negeri Sabah ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

TSA 2012 & pelantar benua kekal sebagai perkara yang “tidak boleh...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular