HomeUtamaKeterjaminan Makanan - Syarikat Malaysia Terokai Potensi Penanaman Padi Di Taiwan

Keterjaminan Makanan – Syarikat Malaysia Terokai Potensi Penanaman Padi Di Taiwan

Read Time:1 Minute, 2 Second

Beidou — Syarikat berteraskan teknologi dalam bidang pertanian Alchetech Intelligence mengorak langkah baru menerokai bidang pertanian berteknologi tinggi bagi mendepani cabaran penghasilan bekalan makanan iaitu pengeluaran padi serta beras yang berkualiti dan lebih ekonomi pada masa depan. 

Melalui program usahasama dengan HYH Biotech Inc dan National Chung Hsing University (NCHU) di Taiwan, Alchetech Intelligence menjangkakan penghasilan benih padi yang sesuai bagi tujuan penanaman di Malaysia. 

Ia sekaligus mampu mengoptimumkan pengeluaran padi beras dan benih padi yang kini menjadi antara masalah utama industri ini di Malaysia. 

Kolaborasi antara tiga entiti ini tidak hanya memberi  fokus terhadap kaedah penanaman tetapi ia turut merangkumi kaedah dan tatacara pengurusan padi ala Taiwan. 

Taiwan kini adalah antara negara paling berjaya dan maju dari segi penghasilan padi dan benih padi pelbagai veriati. 

Secara strategik kerjasama ini akan membabitkan pemindahan teknologi kepada Alchetech dari sudut penghasilan benih yang  mempunyai karakter  istimewa seperti beras wangi, lebih panjang, tahan penyakit dan mampu bertahan pada musim panas. 

Dari sudut pengurusan pula Alchetech Intelligence berpeluang untuk mempelajari  secara praktikal kaedah pengurusan padi dari peringkat awal, seperti penyediaan biji benih, pengurusan benih di tapak semaian, pengurusan air dan jadual penanaman bagi menghasilkan padi bermutu tinggi.

RELATED ARTICLES
Utama

Isu Pelantikan TYT Sabah: KEADILAN Sabah seru hormati perlembagaan, henti sebar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular