HomeUtamaJerayawara LPPKN Suntik Kesedaran Bina Komuniti Selamat

Jerayawara LPPKN Suntik Kesedaran Bina Komuniti Selamat

Read Time:2 Minute, 7 Second

Beaufort : Program Jerayawara Santuni Komuniti Madani Peka@LPPKN : Cakna Ibubapa menyuntik kesedaran masyarakat untuk membina keluarga harmoni demi pembentukan komuniti yang selamat.

Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (Mutiara GRS), Datin Seri Juliah Salag berkata, masyarakat juga berperanan dan perlu memandang serius terhadap peningkatan kes penderaan kanak-kanak yang berlaku di negeri ini.

“Sehingga Mei 2023, sebanyak 2,959 kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak dilaporkan yang mana negeri Selangor mencatat jumlah kes tertinggi dengan 647 kes, diikuti oleh Sabah sebanyak 333 kes dan 326 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Masyarakat seharusnya perlu memandang serius terhadap peningkatan kes penderaan yang berlaku dan bersama-sama kerajaan berusaha mencari jalan bagi membendungnya daripada terus berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Jerayawara Santuni Komuniti Madani Peka@LPPKN di Dewan Perpaduan DHRM, Kampung Lago di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan Naib Yang Di-Pertua I Mutiara GRS, Datin Seri Cecelia Edwin Kitingan.

Juliah berkata, Kerajaan jga tidak akan berkompromi dengan mana-mana kesalahan yang melibatkan hak dan kebajikan kanak-kanak selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001.

“Justeru, program ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama dan sokongan daripada semua pihak, termasuk pihak berkuasa tempatan, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan seluruh masyarakat kerana dengan adanya kerjasama yang erat, kita dapat membina komuniti yang lebih selamat dan harmoni untuk generasi akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Juliah turut menekankan dan berharap agar masyarakat dan ibu bapa meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan siber memandangkan kemajuan teknologi yang pesat dan kanak-kanak mudah terdedah kepada pelbagai risiko dalam dunia maya.

“Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh laporan keselamatan siber keluarga 2023, Malaysia mencatatkan peningkatan jumlah kes buli siber yang membimbangkan, pada tahun 2021, terdapat 326 kes yang direkodkan dan angka ini melonjak kepada 3887 kes pada tahun 2022 dan pada 2023, antara Januari hingga Oktober sahaja, sebanyak 4,994 kes dilaporkan. 

“Oleh itu, adalah amat penting bagi ibu bapa untuk mempunyai dan memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam mengawasi serta melindungi anak-anak mereka dari ancaman siber,”katanya.

Pada majlis tersebut, turut diadakan penyampaian sumbangan daripada Mutiara GRS bernilai RM1,000 kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kampung Sinar Lumadan, PPDK Beaufort, PPDK Kuala Penyu dan RM2,000 kepada Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Daerah Beaufort.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam, Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri, Suszma Khairitszi Mamat, Pegawai Daerah, Mohd Nazri Ajun dan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Beaufort, Dayang Hanim Awang Basir.

RELATED ARTICLES
Utama

ESSCOM lancar OGL Khas, lumpuhkan kegiatan JRS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular