HomeUtamaWarga POLYCC Sabah diseru tingkat kemahiran seiring perkembangan teknologi semasa

Warga POLYCC Sabah diseru tingkat kemahiran seiring perkembangan teknologi semasa

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu : Warga Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah diseru untuk terus meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam usaha memperkasakan kepakaran, inovasi, dan kreativiti.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, ia adalah seiring dengan perkembangan teknologi dan perubahan semasa.

Katanya, warga POLYCC Zon Sabah juga perlu mewujudkan persekitaran persaingan yang sihat dalam kalangan warga melalui nilai teras.

“Antaranya adalah seperti Kreativiti dan Inovasi, Integriti, Ketangkasan dan Professionalisme. Nilai-nilai ini perlu dititikberatkan dalam pelaksanaan tugas hakiki untuk memperbaiki keupayaan dan kemahiran agar dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti.

“Penghayatan dan tindakan seiring dengan nilai teras ini mampu melahirkan warga yang berketerampilan dan berkemahiran dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan, sesuai dengan prosedur dan etika kerja sebagai panduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 POLYCC Zon Sabah di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Politeknik Kota Kinabalu Md Nor Abdul Halim.

Mustapha berkata, integrasi   pendigitalan dalam perkhidmatan harus dititikberatkan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kepada pemegang taruh yang berkepentingan dapat dilaksanakan selaras dengan teknologi semasa.

“Janganlah berasa selesa dengan cara kerja yang ‘old-school’ dan keluarlah daripada ‘comfort-zone’ anda agar prestasi seiring dengan keperluan semasa.

“Melalui perkara-perkara yang disebutkan, ekosistem kondusif pendidikan TVET akan memberi kesan besar terharap pencapaian kakitangan, kebolehpasaran pelajar dan kecemerlangan institusi itu sendiri,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, seramai 63 kakitangan cemerlang menerima penganugerahan melibatkan Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular