HomeUtamaNasihat perjalanan larangan melancong ke Pantai Timur Sabah diyakini dapat perkembangan positif

Nasihat perjalanan larangan melancong ke Pantai Timur Sabah diyakini dapat perkembangan positif

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Sabah optimis dan yakin nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh beberapa negara yang melarang rakyatnya untuk melancong ke Sabah khususnya Pantai Timur negeri ini akan mendapat perkembangan yang positif

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata, ia adalah selepas beberapa perwakilan asing telah diberikan taklimat keselamatan membabitkan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone) kelmarin.

“Saya berada di Semporna pada Jumaat bagi mengiringi Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution bersama wakil dari sembilan negara asing yang dikendalikan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

“Wakil-wakil negara asing itu dijemput bagi menghadiri taklimat mengenai langkah-langkah keselamatan yang dilaksanakan di sepanjang Pantai Timur Sabah, khususnya ESSZone dan melawat pulau-pulau seperti Sipadan, Kapalai, dan Mabul.

“Ini kerana sembilan negara tersebut adalah antara yang telah mengenakan sekatan perjalanan yang melarang rakyat mereka daripada mengunjungi bahagian Pantai Timur Sabah. Mereka masih mempunyai gambaran tentang apa yang berlaku kira-kira 20 tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan ‘Malaysia International Travel Mart’ (MITM) Fair 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Antara negara terlibat adalah Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Jepun, Denmark, Jerman, Perancis, Finland dan Kanada.  

Christina berkata, wakil negara asing itu telah memberi reaksi positif mengenai situasi keselamatan di ESSZone.

“Namun buat masa ini masih tiada jawapan lagi kerana para delegasi perlu kembali ke negara mereka untuk membincangkan perkara ini dengan kerajaan masing-masing. Mudah-mudahan, Sabah akan mendapat hasil yang positif.

“Ini adalah lawatan kerja kedua saya ke Semporna, dan saya merancang untuk melawat destinasi pelancongan di tempat-tempat lain seperti Tawau dan Sandakan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tambah baik jejantas Petagas bakal tingkat keselamatan penduduk – Shahelmey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular