HomeUtamaDua maut terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Beaufort -Menumbok

Dua maut terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Beaufort -Menumbok

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Dua maut termasuk seorang warga emas wanita selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabit empat buah kenderaan di Kilometer 41, Jalan Beaufort – Menumbok di kawasan persimpangan Jalan Kilugus Tangulian pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Ismail Abdullah ketika dihubungi media hari ini mengesahkan kejadian dan pihak polis menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada jam 3.45 petang Ahad (28 Julai).

Menurut Ismail, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku jam lebih kurang 3.27 petang itu semasa sebuah lori dan sebuah motokar bersama tiga orang penumpang dalam perjalanan dari arah Beaufort menuju ke Menumbok manakala dua buah motosikal dan seorang pembonceng dari arah Menumbok menuju ke arah Beaufort.

“Semasa tiba di persimpangan Jalan Kilugus Tangulian , sebuah lori tiba-tiba memperlahankan kenderaan dan cuba masuk ke simpang di sebelah kanan jalan.

“Sebuah motokar yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak dan terlanggar bahagian belakang sebelah kanan lori lalu terbalik dan melanggar dua buah motosikal yang datang dari arah bertentangan,” katanya.

Ismail berkata, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan manakala tujuh orang mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Kuala Penyu untuk menerima rawatan lanjut.

“Namun mangsa seorang lelaki penunggang motosikal berumur 23 tahun dan seorang wanita penumpang motokar berumur 73 tahun telah disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan lanjut di Hospital Kuala Penyu.

“Kes disiasat dibawah Sek. 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati semasa memandu dan mematuhi undang-undang di jalan raya serta pastikan kenderaan dalam keadaan baik.

RELATED ARTICLES
Utama

Pusat Dialisis buah pinggang dicadang diwujudkan di Beaufort

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular