HomeUtamaPesawat TUDM terbang rendah semasa Latihan Kelawar

Pesawat TUDM terbang rendah semasa Latihan Kelawar

Read Time:35 Second

Kota Kinabalu : Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan Latihan Kelawar 2024 bermula 1 hingga 10 Ogos ini.

TUDM dalam satu kenyataan semalam menyatakan latihan itu akan dilaksanakan di kawasan Op Pasir Sabah melibatkan helikopter dan Pasukan Khas TUDM.

“Eksesais ini bertujuan untuk memperkasakan kesiagaan dan kecekapan anak kapal di samping memberi penambahbaikan dalam penerbangan taktikal ketika menghadapi konflik dan ancaman pada waktu malam,” menurut kenyataan itu di sini.

Sepanjang eksesais berlangsung, helikopter TUDM akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di sekitar daerah Tawau, Semporna dan Lahad Datu.

“TUDM ingin memaklumkan kepada orang ramai agar tidak cemas atau risau sekiranya melihat pesawat tersebut terbang rendah di sepanjang tempoh eksesais,” tambah kenyataan itu lagi. – SABAH MEDIA / FOTO TUDM

RELATED ARTICLES
Utama

Komuniti maritim diingatkan tingkat aspek keselamatan di laut

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular