HomeUtamaOrang ramai dipelawa hadir meriahkan pelancaran Bulan Kebangsaan, Hari Sabah Khamis ini

Orang ramai dipelawa hadir meriahkan pelancaran Bulan Kebangsaan, Hari Sabah Khamis ini

Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : Orang ramai dipelawa untuk hadir memeriahkan majlis pelancaran Bulan Kebangsaan Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera 2024 akan berlangsung Khamis ini bermula 7.30 pagi.

Ketua Urus Setia majlis berkenaan, Dr. Benedict Oliver Lidadun berkata, pelbagai pengisian akan dilaksanakan sempena majlis tersebut yang bertujuan untuk menggelorakan semangat nasionalisme khasnya dalam kalangan rakyat Sabah.

“Pelancaran ini akan disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Pekarangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan antara pengisian majlis adalah agihan bendera, persembahan pentas, sambutan daripada pelajar sekolah dan pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang, Jabatan Penerangan Negeri Sabah.

Ketua Urus Setia majlis berkenaan, Dr. Benedict Oliver Lidadun

“Selepas itu, pada jam 3 petang esok (hari ini), kita ada rombongan diketuai Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Sabin Samitah yang akan mengagihkan Jalur Gemilang dan Bendera Sabah kepada pekedai dan orang awam di sekitar Jalan Gaya,” katanya.

Beliau berkaya demikian ketika ditemui media selepas sesi temubual bersama SABAHfM di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi di sini, semalam.

Justeru Dr. Benedict berkata, orang ramai dipelawa hadir untuk sama-sama memeriahkan dan menunjukkan kesatuan rakyat lebih-lebih lagi tahun ini akan turut merayakan Hari Sabah buat kali pertama.

Dalam pada itu, Benedict menyeru orang ramai untuk mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah bagi memeriah dan mengelorakan lagi suasana Hari Kebangsaan dan Hari Sabah.

“Tahun ini adalah tahun yang amat bersejarah kerana kerajaan negeri turut sama mewartakan Hari Sabah.

“Oleh itu, marilah kita kibar kedua-dua bendera ini, Jalur Gemilang dan Bendera Sabah di rumah, di kampung, di bangunan, di kereta dan di mana-mana saja untuk menunjukkan rasa sayang kita kepada negara kita Malaysia dan negeri kita Sabah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pam rosak, paip pecah punca gangguan air di Putatan dan sekitar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular