HomeUtamaSKMM dicadang perkenal seksyen Akta Komunikasi & Multimedia, hukuman kesalahan pembuli siber...

SKMM dicadang perkenal seksyen Akta Komunikasi & Multimedia, hukuman kesalahan pembuli siber – Nizam

Read Time:1 Minute, 46 Second

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan mencadangkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sabah untuk memperkenalkan satu seksyen yang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia untuk menghukum kesalahan yang berkaitan dengan buli siber ‘cyberbullying’.

Nizam yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah berkata, dalam era digital hari ini, platform media sosial telah menjadi sebahagian kehidupan masyarakat, menawarkan peluang yang tiada tandingan untuk perhubungan, komunikasi dan pembinaan komuniti.

“Kita semua perlu bangkit menentang segala bentuk buli dan singkirkan orang toksik daripada merosakkan komuniti alam maya,” katanya ketika bersama Biro Penerangan Gagasan Rakyat Sabah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah SKMM Wilayah Sabah, Ratnawaty Talib di Pejabat SKMM Sabah hari ini.

Nizam yang mengetuai rombongan itu berkata, kunjungan hormat ini bertujuan bagi memperkukuh hubungan di antara SKMM dan Biro Penerangan Gagasan Rakyat Sabah selain membincangkan isu-isu semasa.

Beliau turut menekankan akta menghukum kesalahan yang berkaitan dengan buli siber ‘cyberbullying’ supaya pembuli siber tidak terus bertindak berleluasa di negara ini.

“Jangan biarkan pembuli siber berleluasa, menjejaskan individu dari semua peringkat umur dan latar belakang termasuk menfitnah pemimpin, bersikap mengganggu, mengancam, menghina dan merendahkan seseorang.

“Tidak seperti buli tradisional, buli siber berbahaya kerana boleh berlaku 24 jam sehari, tujuh hari seminggu selain tiada sempadan masa dan tempat,” tegas Nizam.

Beliau berkata, pembuli siber berani bertindak demikian kerana berselindung di sebalik nama samaran dan  akaun palsu dengan sewenang-wenangnya membuat komen jelik, ugutan dan hinaan.

“Tindakan tersebut kemudian memberi kesan emosi dan psikologi ke atas mangsa sehingga boleh menyebabkan tekanan dan  kemurungan serta dalam kes yang teruk mencederakan dan membunuh diri,” jelasnya.

Oleh itu, katanya, semua orang harus tahu sempadan serta had dalam membenarkan diri mereka di buli di alam siber selain bijak menjauhi atau menyekat golongan pembuli berkenaan.

“Kebanyakan platform media sosial menawarkan alat untuk menyekat pembuli siber selain boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,” ujarnya.

Turut hadir Pegawai Kerja Biro Gagasan Rakyat, Halil Rufili, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Likas, Halizah Din, Ketua Penerangan Pemuda Gagasan Rakyat Sabah, Barhul Sahibu dan ahli jawatankuasa Biro Penerangan Julia Abt.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular