HomeUtamaSemua pihak main peranan pastikan kedaulatan negara terus terjaga

Semua pihak main peranan pastikan kedaulatan negara terus terjaga

Read Time:1 Minute, 43 Second

Kota Kinabalu : Kerjasama semua pihak khususnya masyarakat setempat sangat penting dalam memastikan keselamatan dan keamanan serta kedaulatan negara dapat terus dijaga dan dikekalkan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata, pihaknya turut mengingatkan semua pihak termasuk anggota Polis dan pegawai Kerajaan agar tidak menjadi tali barut kepada pihak pengganas.

“Semua pihak yang terlibat dalam menjaga keselamatan negeri memainkan peranan yang penting dalam menjamin keamanan dan kedaulatan negara.

“Justeru, saya memberi jaminan bahawa pihak keselamatan terutama sekali pihak Polis akan sentiasa berwaspada terutama sekali di sempadan dan perairan agar kumpulan bersenjata ini tidak menyusup masuk ke negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Buku Dokumentasi Op Daulat Tandou ‘Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am: Membanteras Pengganas dan 5th Column di Kampung Tanduo Lahad Datu’ di Menara Kinabalu di sini.

Majlis pelancaran disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Jauteh berkata, pasukan keselamatan lain khususnya Angkatan Tentera Malaysia, Polis, serta agensi-agensi lain seperti Jabatan Imigresen dan Kastam turut memainkan peranan utama dalam mengawal sempadan dari ancaman luar.

Selain itu, kerjasama daripada masyarakat tempatan juga sangat penting dalam menyokong pasukan keselamatan dengan memberikan maklumat berkaitan dengan aktiviti yang mencurigakan atau ancaman keselamatan.

“Media juga memainkan peranan penting dalam memberitahu masyarakat tentang isu-isu keselamatan serta perkembangan semasa yang berkaitan dengan keamanan negara.

“Perkongsian maklumat antara agensi-agensi keselamatan juga amat penting untuk meningkatkan keberkesanan operasi mereka,” katanya.

Tambahnya lagi, usaha bersama daripada semua pihak yang terlibat diyakini akan berupaya untuk menjaga kedaulatan negara dan mengekalkan persekitaran selamat bagi rakyat.

Dalam pada itu, ketika ditemui Jauteh berkata, pelancaran buku itu merupakan satu inisiatif yang dibuat dilaksanakan oleh pegawai Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah.

Katanya, buku itu mula dibuat pada tahun lalu dan mengambil masa lebih lapan bulan termasuk pendokumentasian yang dibuat berdasarkan cerita sebenar.

“Kita mengambil saksi-saksi, kita mengambil pegawai anggota yang terlibat dalam Ops Daulat ini supaya kita mengetahui apa sebenarnya telah berlaku.

“Kita tidak mahu nanti mendengar dari sebelah pihak atau mana-mana pihak tertentu tapi ini adalah ‘real’ daripada saksi-saksi yang berada di tmpt kejadian,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular