HomeUtamaKadar tambang kapal terbang perlu terus dipantau - James

Kadar tambang kapal terbang perlu terus dipantau – James

Read Time:1 Minute, 17 Second

Kota Kinabalu : Pemantauan berterusan terhadap kadar tambang kapal terbang yang mahal melibatkan laluan Semenanjung, Sabah dan Sarawak perlu sentiasa dilaksanakan.

Justeru itu, Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib mahu Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengambil perhatian terhadap isu berkenaan.

Katanya, pihaknya sebelum ini telah menerima aduan mengenai isu tambang mahal  daripada beberapa individu dari negeri Sabah dan Sarawak yang sering menggunakan laluan udara untuk pergi atau balik dari Semenanjung.  

“Saya difahamkan sebelum ini Menteri bertanggungjawab pernah memberi jaminan akan terus memastikan kadar tambang kapal terbang bagi laluan domestik antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak terus dikawal agar tidak membebankan penumpang. 

“Adalah diharapkan agar ia terus diberi perhatian sewajarnya bagi mengurangkan bebanan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

James berkata, pihaknya turut mencadangkan agar tawaran tambang murah bukan sahaja dipromosikan setiap kali menjelang perayaan tertentu atau cuti persekolahan,  malah dilaksanakan mengikut kesesuaian secara bulanan yang tidak merugikan syarikat penerbangan selepas mengambil kira kos-kos pentadbiran syarikat mereka.  

Katanya, memang pada dasarnya harga tambang yang ditawarkan bagi laluan sehala nampak agak murah, namun selepas pengiraan harga dikenakan cukai, ia akan meningkat seterusnya membebankan penumpang.  

“Saranan saya bukanlah sehingga merugikan pula syarikat penerbangan tertentu.  Tetapi biarlah ia sentiasa dikawal agar mewujudkan kemudahan tambang yang tidak membebankan pengguna dan berpatutan,” katanya.  

Sebelum ini beberapa inisiatif kerajaan termasuk menawarkan subsidi kepada pelajar Sabah dan Sarawak telah dilaksanakan bagi meringankan bebanan mereka untuk membeli tiket kapal terbang terutamanya semasa musim perayaan dan cuti penggal persekolahan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Gajah betina umur 5 tahun mati jatuh gaung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular