HomeUtamaMempercepat Pembangunan Benih Dan Pengeluaran Padi Mengikut Teknologi Taiwan

Mempercepat Pembangunan Benih Dan Pengeluaran Padi Mengikut Teknologi Taiwan

Read Time:3 Minute, 46 Second

Kuala Lumpur- Taiwan kini berada di barisan hadapan dalam mempercepat pembangunan benih padi dengan ciri-ciri khas melalui teknik pembiakan yang maju.

Langkah yang dibuat oleh penyelidik di negara bekenaan amat penting dalam meningkatkan varieti padi serta pengurusan penamanan padi untuk memenuhi keperluan yang semakin berkembang dalam industri padi.

Menurut laporan, Taiwan mempunyai lebih daripada 30 pembiak padi yang berpengalaman, yang telah berjaya mengembangkan pelbagai varieti padi dengan ciri-ciri unik.

Proses pembiakan yang bermula dengan merancang varieti melalui pengumpulan germplasma ciri sasaran sebagai induk. Ini diikuti dengan persilangan, pemilihan, penetapan, ujian DUS (Distinctness, Uniformity, and Stability), memperoleh hak varieti tanaman, dan akhirnya, mengkomersilkan varieti tersebut.

Prof. Dr Chang-Sheng Wang, Agronomis serta pembiak baka dari National Chung Hsing Universiti, Taiwan

Menurut seorang pembiak baka yang terkenal di Taiwan, Prof. Dr Chang-Sheng Wang dari National Chung Shing Universiti, Taiwan yang ditemui baru-baru ini berkata Hubungan antara penyelidik dan pemain industri amatlah penting di dalam pembangunan dan pengkormesilan sesuatu jenis varieti yang dihasilkan.

Menurutnya Hubungan antara industri padi dan sektor penyelidikan di Taiwan sering mengambil bentuk dinamika pembeli serta penyedia varieti atau perunding.

Walaupun kerjasama itu penting, terdapat beberapa konflik antara keperluan industri dan hasil penyelidikan, terutamanya mengenai keseimbangan antara kualiti dan hasil varieti padi yang dihasilkan.

Proses Penanaman Padi Di Taiwan 

Ketika ditanya mengenai Industri padi Di Malaysia, katanya walaupun tidak begitu mengenali industri padi di Malaysia, beliau berkata Malaysia boleh melihat Taiwan sebagai contoh yang baik untuk diteladani.

Katanya antara langkah penting yang harus dibuat adalah penyediaan infrastruktur yang kukuh untuk penanaman padi seperti pengairan, jentera serta pengurusan penanaman yang sistematik.

Antaranya adalah melaksanakan sistem dan kemudahan yang baik untuk pelbagai aktiviti pembangunan dan penyelenggaraan, serta menubuhkan sistem standard untuk proses penting bagi memastikan kualiti dan kecekapan pengeluaran padi.

Alchetech Intelligence bersama pengusaha Nurseri padi dan Prof Dr. Chang-sheng Wang

KERJASAMA ANTARA MALAYSIA DAN TAIWAN 

Malaysia kini di dalam usaha meningkatkan pengeluaran padi bagi meningkatkan tahap jaminan keselamatan makanan negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan inisiatif ‘Gelombang Padi” digerakkan tahun ini bagi mengangkat industri padi dan beras negara ke tahap lebih cekap dan berdaya tahan.

Katanya, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menggariskan 12 program untuk dilaksanakan menerusi inisiatif itu sebagai ‘pencetus perubahan’ bagi transformasi industri padi dan beras negara, antaranya memperkenalkan dasar baharu Insentif Benih Padi Sah (IBPS).

Melihat kepada model penanaman Padi di Taiwan di mana padi boleh dilihat ditanam di mana-mana sahaja dan mempunyai hasil yang tinggi.

Justeru pesawah dan pemain industri ini boleh melihat kejayaan Taiwan di dalam menjalankan industri penanaman padi ini.

Bagi  Prof. Chang, Sebagai pembiak tanaman yang turut berkepakaran di dalam membangunkan ciri-ciri khas benih padi di Taiwan komited untuk membangunkan varieti padi yang dapat bertahan dalam persekitaran yang berubah dan menyediakan padi yang selamat dan berkhasiat untuk manusia.

Taiwan bersedia untuk berkongsi kepakaran dengan syarikat dan kerajaan Malaysia, seperti yang telah dilakukan bersama Syarikat HYH Biotek serta Syarikat daripada Malaysia iaitu Alchetech Intelegent yang kini di dalam usaha memperbaiki amalan penanaman padi dan memastikan keselamatan makanan di rantau ini.

Pendekatan yang komprehensif ini menunjukkan komitmen Taiwan dalam memajukan industri padi, bukan sahaja di dalam negeri tetapi juga di peringkat antarabangsa. Dengan usaha berterusan dalam penyelidikan dan pembangunan, Taiwan bertekad untuk terus menjadi peneraju dalam inovasi padi.

CABARAN PERUBAHAN IKLIM

Menangani Perubahan Iklim juga antara satu cabaran yang kini dihadapi pesawah di Malaysia dan juga di Taiwan.

Menurut Prof. Dr Chan yang pernah bekerja sebagai pembantu, penyelidik bersekutu, dan penyelidik kanan sebelum berkhidmat sebagai Pengarah di Bahagian Agronomi, Institut Penyelidikan Pertanian Taiwan (TARI), Majlis Pertanian selama 23 tahun itu berkata bahawa Taiwan turut memberi fokus kepada pembangunan varieti padi yang tahan lasak.

Perubahan iklim global yang mempengaruhi suhu, ketersediaan air, intensiti cahaya, tahap karbon dioksida, dan keadaan tanah memerlukan varieti padi yang dapat bertahan dalam keadaan persekitaran yang tertekan.

Usaha ini bertujuan untuk menghasilkan varieti yang mempunyai capaian hasil yang tinggi di dalam ekosistem cuaca yang tidak menentu serta apabila menghadapi tekanan katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

ADUN Kiulu wujud Tabung Keusahawanan & Kepimpinan Belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular