HomeUtamaKM Tun Fatimah perkasakan keselamatan perairan negara

KM Tun Fatimah perkasakan keselamatan perairan negara

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah yang menjadi aset utama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan terus membantu memperkasakan keselamatan perairan negara.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya (M) Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, kapal itu juga mampu menambah baik kawalan keselamatan di kawasan Laut China Selatan khususnya di sekitar perairan Sabah dan Sarawak.

“Kapal ini merupakan aset utama dan canggih yang baru diterima oleh Maritim Malaysia mulai Januari 2024 ini. KM Tun Fatimah ini berpangkalan di Kuching Sarawak dan dalam program operasi di perairan Laut China Selatan di Sabah. 

“Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV) ini mempunyai saiz yang besar ia diletakkan di Laut China Selatan kerana konsep operasinya untuk tempoh waktu yang panjang di perairan yang luas.

“Sejak tempoh tujuh bulan, KM Tun Fatimah telah melaksanakan 108 pemeriksaan dan 14 tangkapan, jadi membuktikan dalam tempoh yang singkat itu kapal ini telah membuktikan ia boleh menguatkuasakan undang-undang di laut dengan lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam Lawatan Kerja Kesiapsiagaan Operasi KM Tun Fatimah Di Laut China Selatan yang diadakan di Jeti Pelabuhan Sabah di sini.

Dalam program tersebut, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut hadir mengadakan kunjungan ke KM Tun Fatimah yang sedang berlabuh di perairan Kota Kinabalu.

Hadir sama Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama (M) Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik; Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah, Datuk Sh Sitti Salehah Habib Yusso; Penaung Puspanita KDN,  Datin Seri Norhayati Musa dan Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor.

RELATED ARTICLES
Utama

Mesyuarat berhubung isu GISBH di Sabah diadakan bulan depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular