HomeUtamaDua 'keldai dadah' termasuk remaja ditahan bersama lebih 20kg dadah

Dua ‘keldai dadah’ termasuk remaja ditahan bersama lebih 20kg dadah

Read Time:2 Minute, 5 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah berjaya memberkas dua individu disyaki ‘keldai dadah’ termasuk seorang remaja bersama lebih lebih 20 kilogram dadah dengan jumlah nilai pasaran dianggarkan bernilai RM667,729.44.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Siti Mang berkata, dua individu lelaki tersebut warganegara Malaysia ditangkap di dua lokasi berbeza iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapang Terbang Tawau.

Katanya, pada 30 Julai 2024 jam 12.30 tengahari bertempat di Lapangan Terbang Tawau tindakan pantas daripada pegawai Kastam yang bertugas di Cawangan Pemeriksaan Penumpang telah menahan seorang lelaki Cina berusia 29 tahun yang baharu sahaja tiba daripada Kuala Lumpur bersama sebuah bagasi penumpang berwarna hitam untuk membuat imbasan imej ke atas bagasi tersebut.

“Hasil imbasan dan pemeriksaan rapi ke atas bagasi tersebut mendapati terdapat sepuluh bungkusan plastik berwarna hijau kuning jenama ‘Guanyinwang’ yang disyaki mengandungi dadah berbahaya.

“Pemeriksaan lanjut ke atas sepuluh bungkusan plastik tersebut telah menemui sejumlah dadah berbahaya disyaki jenis Methamphetamine dengan berat kasar 10,199 gram dianggarkan bernilai RM326,389.44.

“Manakala bagi tangkapan kedua melibatkan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun iaitu pada 30 Julai 2024 lebih kurang jam 1.00 petang, bertindak atas maklumat, daripada pegawai Kastam pemeriksaan penumpang, pasukan anggota penguatkuasaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu bersama Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) semasa menjalankan Operasi Khas Narkotik Joint Task Force 2024 memeriksa sebuah bagasi penumpang yang mencurigakan yang juga baharu sahaja tiba dari Kuala Lumpur.

“Hasil pemeriksaan rapi ke atas bagasi tersebut, pasukan serbuan JKDM telah menemui sepuluh bungkusan plastik hijau disyaki mengandungi dadah berbahaya.

“Pemeriksaan lanjut ke atas sepuluh bungkusan plastik hijau tersebut telah menemui sejumlah dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat kasar 10,194 gram dianggarkan bernilai RM341,340.00.

“Semua dadah dibungkus menggunakan plastik berwarna hijau jenama ‘Guanyinwang’, dipercayai dengan tujuan untuk mengelirukan pihak berkuasa,” katanya.

Menurut Siti, kedua-dua kes ini kini sedang dalam siasatan lanjut untuk mengesan sebarang jaringan sindiket yang lebih besar dan memastikan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang terlibat.

Beliau juga yakin kedua-dua suspek adalah ‘keldai dadah’.

“Saya yakin mereka ini adalah ‘keldai dadah’ sebab dari segi umur mereka dari kalangan orang-orang muda.

“Kedua-dua kes sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 Jika sabit kesalahan, boleh dihukum mati mandatori atau penjara seumur hidup,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang ramai agar membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain- lain dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular