HomeUtamaSabah sentiasa jadi sebahagian daripada Malaysia - Hajiji

Sabah sentiasa jadi sebahagian daripada Malaysia – Hajiji

Read Time:54 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah hari ini mengulangi pendirian berhubung kedudukan negeri ini yang akan sentiasa menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Sabah turut menyokong penuh pendirian tegas Kerajaan Perpaduan dalam mempertahankan kedaulatan negara dan menolak sebarang tuntutan ke atas negeri ini.

Katanya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa telah mengiktiraf Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia.

Menurutnya, kedudukan itu kekal  sejak pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjelaskan pendirian Malaysia yang sama dengan pendirian kami selama ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hajiji berkata rakyat Sabah telah memilih untuk bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Oleh itu katanya, sebarang tuntutan luar terhadap negeri Sabah tidak akan diiktiraf sama sekali oleh rakyat.

Katanya, Kerajaan negeri juga menyokong penuh tindakan dan kenyataan Wisma Putra bahawa isi kandungan video tular di media sosial yang mempertikaikan kedaulatan negeri Sabah, tidak berasas dan mengelirukan.

“Kami yakin Kementerian Luar akan dapat menyiasat perkara itu secara menyeluruh dengan kerjasama kementerian dan agensi berkaitan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular