HomeUtamaAplikasi MyJPJ tawar transaksi secara dalam talian

Aplikasi MyJPJ tawar transaksi secara dalam talian

Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu:   Aplikasi MyJPJ yang diperkenalkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan perkhidmatan transaksi secara dalam talian kepada pengguna tanpa perlu hadir ke premis JPJ.

Pengarah JPJ Negeri Sabah, Mohd Harris Ali berkata, aplikasi itu itu merupakan aplikasi mudah alih inovatif yang dibangunkan JPJ Malaysia untuk menawarkan pelbagai perkhidmatan berkaitan agensi penguatkuasa itu.

Pengarah JPJ Negeri Sabah, Mohd Harris Ali

“MyJPJ adalah aplikasi mudah alih inovatif yang dibangunkan oleh JPJ Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan semakan dan paparan dokumen penting bagi pemandu di Malaysia seperti lesen memandu, cukai jalan, saman dan sebagainya.

“Melalui aplikasi ini, orang ramai tidak perlu lagi bersusah payah hadir ke pejabat JPJ untuk berurusan seperti memperbaharui lesen memandu, cukai jalan, saman dan lain-lain kerana transaksi yang ada pada aplikasi tersebut boleh di akses hanya dihujung jari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Harris berkata, kepentingan program MyLesen yang memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan meningkatkan ekonomi.

“Kita juga mengutarakan kepada Tun mengenai program MyLesen yang kita sedang laksanakan dan berharap program ini mendapat sokongan oleh semua pihak memandangkan manfaat dia untuk meningkatkan sosio ekonomi golongan B40.

“Pada masa ini juga JPJ negeri sabah sedang berbincang dengan Yayasan Nur Jauhar (YNJ) untuk kita melaksanakan program MyLesen iaitu untuk memberikan lesen percuma kepada anak-anak yatim khususnya di kawasan tertentu melalui perbincangan dengan pihak YNJ akan datang,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular